Bercuti di Sungai Petani, Hotel Seri Malaysia | Mmm bukan bercuti sangat pun, tapi ikut suami kerja ke Sungai Petani. So Rabu petang kami semua bertolak ke sana dengan diiringi hujan lebat-selebatnya. Dalam hati berdoa dijauhkan dari sebarang kejadian yang tak diingini.
Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan tiba di Sungai Petani jam 9:20 malam. Saya bab berjalan memang suka sangat sebab bukan selalu pun dapat makan angin kan. Biarpun sekadar menemani suami bekerja, namun dapat juga meluangkan masa berharga dengan anak-anak.
Muka-muka happy ;).
Bila dah sampai destinasi dituju, kenelah cari makan sebab perut belum diisi lagi untuk makan malam. Emm nak pula hujan kan, lagilah berkeroncongnya. Kami singgah di restoran Bawal Sembilang, Sungai Petani.
Emm nampak menarik. Yang best tu ikan bawal digoreng garing, makan dengan sambal belacan dan kari ikan keli, tak dilupa sayur kailan ikan masin. Macam biasa sebelum menu tiba sempat jugalah kami semua berposing dulu.
Wahhh itu dia, menu yang dipesan pun sudah tiba!! Apalagi mulakan dengan doa dan serbu itu kari!! Emm sedapnya!! Ikan bawal yang digoreng garing cicah sambal belacan. Memang terbaik!! Semua nasi seorang sepinggan, dan yang bagusnya semua licin!!
Hahaha memang sedap dan diet pun dilupakan sekejap dan bukan terus-menerus kekekek. Emmm syukur dapat makan di kedai yang best ni, tempat besar dan selesa.
Bila dah makan, kami terus ke Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani yang sudah dibook semasa dalam perjalanan tu. Untuk pengetahuan, hotel Cinta Sayang Resort dan Swiss Inn adalah fully booked kerana cuti sekolah kan. Hmm ramainya pergi bercuti kan, bagus-bagus luangkan masa bersama keluarga ok.
Kadar menginap di Hotel Seri Malaysia adalah RM190 untuk pakej “family” dengan sarapan untuk 3 orang dan diberi katil bersaiz queen 2 unit. Oklah tu, muat untuk kami semua. Anak-anak kata ibu takde bath tub ke? hihihih kesian korang, takpelah besok kita mandi pool aje ye.
Emm selepas sarapan, suami saya sudah keluar untuk memulakan tugasannya. Tinggallah saya menemani anak-anak mandi kolam. Wajib ni tau tak, kalau tidur hotel tak mandi kolam memang tak sah. Cantik juga kolam ni walaupun bangunan hotel ni tidaklah seindah mana.
Demi menunaikan janji kepada anak-anak yang tak dapat mendi bath tub, jom kita serbu pool!!! Hmm seronok semua mandi seawal jam 8;30 pagi. Bila dah mandi masing-masing bukan ingat nak naik dah. Dipujuk macamana pun tak diendahkannya jugak. Hmm takpelah mandi puas-puas ok.
Alhamduillah percutian yang singkat sangat namun menggembirakan kami sekeluarga. Dan hari ini mula bekerja biarpun besok dah cuti hujung minggu. Bukan apa nak kumpul cuti untuk pembukaan sekolah nanti. Nak teman anak-anak di sekolah baru π Bercuti di Sungai Petani memang awesome
Bagi anak2, menginap di hotel adalah tidak lengkap jika tidak mandi di kolam… π
Seronoknya dah bawak anak-anak g jalan-jalan… Aku tak tahu nak pergi bawak jalan mana. Cuti dah habis lak tu
Terliur tgk sume mknn tu. Suke tgk aju pakai tudung camtu. Nanti ajar akk cane nak pakai tudung camtu ye.
Bebudakk..memang suka benda macam ni..
Bestnya..
Ge tanjong dawai x?
Belacan tg dawai, sedap…
wow! seronok la anak-anak dpt masuk pool kan. tu la tempat yg anak-anak serbu kalau holiday π
and makanan semua tu sgt tradisional dan sedap giler nampak nyerrrrr!!!
Tak turun shopping area situ ke Aju. Dulu ada kedai kain Nagoya ke apa tah kat situ ..sekarang ni tak tahulah. Last kat HSM tu masa si Hafiy kecik lagi
Anak-anak memang suka dapat berjalan-jalan. π
Huhu…lambatnya turn saya pulak nk kuar jaln2 cam ni..mesti seronok habits haaa…huhu
Kari keli dengan bawak tu mengancam nampaknya.
tang mandi tu paling tak sabo kalau budak2..
Bestnya dapat jalanΒ². Lapar plak tgk lauk pauk tu.
masa cuti memang untuk jalan-jalan maa..
Asik banget sepertinya itu, jalan-jalan plus berenang di kolam.
pengen jalan jalan kesana ini om
asyik euy jalan-jalan terus, moga liburannya menyenagkan ya, he..