Jualan Gudang Fella Design, beli katil king merah | Siapa dah pernah pergi angkat tangan???? Saya pertama kali terjah Fella Design Warehouse Sales ni. Sebab saya tau, kalau sales macam ni mesti ramai yang pergi dan kalau betul-betul ada nak cari barang memang berbaloilah datang ke sini kan?
Tapi kalau setakat cuci mata, saya tak pergilah sebab takmo bersesak-sesak dengan askar yang bertiga tu. Lagipun nak ajak husband datang sini? Memang idokle husband saya nak mengikutnya.
Semalam ternampak kat Facebook dalam group dekorasi, diorang “up” kan sales ni, saya saje-saje tag husband, rupa-rupanya dia ajak saya pergi selepas habis waktu pejabat. Eh eh nak pulak laki aii ni ke sini ya, sronok-sronok!!
Kami beli Katil king merah ni
Saya apa lagi, jom!!! Kitorg janji jumpa kat satu tempat sebab memasing dari lokasi berjauhan. Bila dah sampai tempat dijanjikan saya follow husband je dari belakang. Wow teruja lain macam sebab tak pernah pergi kan hahahah.
Saya memang minat english style, sofa bunga-bunga, perabot warna putih wahhh cantikkk sangat!!!! Tengok tu berkenan, tengok ini berkenan, emmm rambang mataku!!! Bukan setakat sofa, malahan katil, karpet, langsir dan set bilik tidur pun dijual dengan harga berpatutan.
Emm cuma kain langsir meter tu je yang tak sempat tengok. Sebab sampai kat sini pun dah 7.20 malam, sales ni tutup 8:00 malam. So macam ribut gaklah duk melilau tengok semua benda tu. Eiiii geram!!!
Kebetulan masa kami datang ni takde orang pun, yang ada staff kat situ je. Hehehe dah nak tutup, malam gelita, memasing penat baru balik kerja kan, so yang ada kitorang jelah kekekek. Tak semangat pulak nak berebut hahaha.
Keputusan untuk beli perabot tu kena buat secara rasional dan drastik. Rasional sebab takmo rumah sempit dengan banyak perabot, dan drastik sebab kedai dah nak tutup. Suami tanya yang ni ok tak? Boleh tak yang ni? Minat warna apa? Aduyaii kene buat keputusan on the spot. Wahh rembat ajelah, nanti tak tau sempat lagi tak pergi weekend ni. So beli ajelah.
Cuci mata Jualan Gudang Fella Design sambil survey harga
Korang teka saya beli apa? hahaha biarlah rahsia!!! Hehe nanti saya cerita ya, Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami, dengan rezeki dan usaha, Allah perkenankan jua, syukur. Yang excited adalah suami saya.
kalau ikutkan saya nak pakai je perabot sedia ada sekarang ni, tapi suami kata katil kitorang tu dah 10 tahun, so kitorang bagi je kat anak-anak dara tu. Biar diorang merasa tidur berpelukan. Sekarang ni katil double decker tu pun memasing tidur bawah juga, jadi biarlah korang tidur kat katil ibu ayah nanti ya, kami dapat katil baru huwahahaha.
Ruang yang ada tu taklah besar mana, jadi kami tak ambil set, jadi pilih secara loose. Jimat ruang dan tidak menyempitkan laluan. Hehehe dah menjawab pertanyaan apa yang saya beli kan? muahahha apalah, nak rahsia sangatlah kengkonon kan.
Harga mampu tengok
Semua set kat atas ni saya suka, putih dan bunga-bunga. Dan pastinya adalah sangat rumit untuk menjaga sesuatu yang berwarna putih. Kene rajin, tawaduk dan istiqamah hahaha apa-apa jelah kan. Tapi tapi, harganya juga adalah tak boleh blah, dah kata cantik mestilah mahal kan.
Kerusi makan bunga-bunga ni, harga dia 2 singgit je uolss hahaha. Banyaklah 2 singgit, kalau ye dah beli lapan ploh lapan bijik dah. Mak aihhh harga dia tu, pengsan bangun balik pun belum tentu dapat beli hehehe.
Eksklusif untuk mereka yang berkemampuan, bagi yang kurang mampu, biasa-biasa udahle. Cantik!! Tak dapat beli dapat pegang, dapat duduk pun jadilah. Merasa juga empuknya benda mahal cenggini ;). Kalau saya beli ni, tak lena tido memikirkan nak bayar hutangnya kekeke.
Caj pengangkutan untuk delivery
Fella Design akan caj untuk penghantaran ya uols, macam saya cajnya ialah RM60 untuk ke teeettttttt!!!! Hehehhe tempat adalah rahsia. Diorang takde lori sendiri, yang ni diorang sub pada lori lain untuk hantar terus depan pintu rumah korang dan pasangkan segalanya.
Yang beli ni pun bukannya ready stock, tapi diorang akan order dulu dengan kilang dan akan mula dihantar ke rumah pada 30/11/2014. Tapi bayar full payment ya hohohoho….Emmphh macam tulah lebih kurang cerita Jualan Gudang Fella Design ni.
Cantiknya… teringin juga nak pergi tapi macam laki den tak nak layankan je…
Alahai, yang dua singgit tu pun tak mampu … akak beli yang tak de brand je Aju 🙂
bahaya ni kalu isteri dapat tahu..mujur gak jauh..haha
Beli apa lah agaknya tu yerp. Kita ni mampu tengok jer lah ☺
Wahhhhhh bknan benar dgn sofa yg 3 seater hijau tu…blink2 mte tgok hrga…kalau ade 2 seater ok jugak…tpi klo hrga bwah 1k kan syok hahahahha