Lantai Kaca Skypark One City, gigil kaki gayat | Siapa gayat? Ngilu? Takut pada ketinggian? Heheh entri ini amat mendebarkan dan mungkin perlukan pengawasan hahahah.
Survey set hood dan hob dapur
Entahlah kenapa tetiba nak datang sini, padahal bukan pernah pun singgah sini. Kebetulan, kebetulan kami duk mencari set hood dan hob yang kebetulan ada promosi kat area sini. Jadi salesman tu tanya pernah naik ka itu Skypark sana? Wahh saya pun tak berani woaa!! Dalam hati duk tertanya-tanya, apa bendalah yang si mamat ni takutkan sangat ni?
Oklah selepas dapat set hood dan hob tu, suami ajak kami semua singgah di One City Mall sekejap. Selepas solat Maghrib di tingkat 3, kami terus naik ke tingkat atas sekali iaitu tingkat 10.
Naik ke One City Mall
Lantai mall ni menggunakan kayu dan terasa berada di rumah kekdahnya. Cantik view landskap yang indah, lantai kayu, tanaman menghijau dan bunga-bungaan warna warni. Ingatkan kenapalah husband ajak naik tingkat 10 ni, rupanya nak tau apa yang diceritakan oleh salesman tu tadi. Owhh nak merasai pengalaman sebenar ya.
Pertama kali nampak lantai berkaca macam ni. Pertama kali nak menjejakkan kaki kat lantai tu, kaki menggeletar rasa ngilu sangat. Uishhh tingginya dan sayup je nampak benda kat bawah tu!!!!! Tapi Adam memang berani sangat!!!
Salute sama Adam!! Siap baring-baring lagi dia hahaha, relaks je. Aduyaiii!! Macamanalah diorang boleh terfikir nak buat design macam ni kan?
Tengoklah saya dan suami berani duk tepi-tepi je hehe, seram dan gayat. Hoi betullah salesman tu kata lantai kaca skypark one city amat menakutkan. Korang fikir walaupun diorang kata kaca tu tahan, tapi agak-agaklah kot tingkat 10 tu. Kalau jatuh mak aihhh takde harapan dah tu.
Tu yang ngilu sangat nak pijak lantai kaca tu. Saya ni dahla memang penakut dengan ketinggian. Ingat dulu masa masuk aktiviti camping kat sekolah. Kene buat aktiviti flying fox, giler betul waktu tu, menggeletar kaki kene panjant tangga tinggi, then turun meluncur menggunakan tali, kalau diingat semula, memang luruh jantung ku hahaha.
Tapi yang ni tengok anak-anak semua berani, takkan ibunya takut kan? Alih-alih tengok suami lambai dari hujung nun, aishhh suruh tutup mata katanya. Hahahha ngilu-ngilu, takpelah beranikan diri jugalah, akhirnya berjaya, tapi lari pecut, kecut perut tau!!
Hmmm siapa yang nak mencabar keberanian diri ditempat tinggi silalah datang ya. Mungkin pada korang hujung jari manis aje, cubalah datang tengok nanti kekeke.
Makkkk aiiii… Gayat tuuuuu… kalau saya, memang tak la..haha
Eii akk x berani nak pijak lantai kaca ni. Gayat nak muntah sume ada.
gayat
Scary lah pulok. Memang gayat kalau tempat tinggi² mcm ni. Berani betul adam ☺
suka haaa..satu cabaran teringat masa pi sky trax bukit cerakah rasa nak lepas gian lagi heee
takut ya tapi bukan main pijak lagi sis heee
ok lagi ..kalau setakat tengok kat lantai kaca..
uishhh…tengok gambar je pun da takut…camnela kalo sendiri yang duk atas lantai tu…
Mesti kukuh tu. Kalau tak kukuh takkan la dia nak bukak dekat publik.