Kalau sebut tentang mee tarik apa yang korang bayangkan? Saya tak lain hanya membayangkan kita makan mee tu sambil menarik-narik mee tersebut masuk ke dalam mulut mmmmm nyum-nyum. Duk dengar opismate makan dengan anak dia, tengok gambar kemain sedap tariknya. So apalagi jom zas lah!!!! Jumaat kan rehat lama, 2 jam 15 minit, wow lama kan hehe, kalau tengok movie kira khatam satu ceritalah hahaha. So kitorang yang katanya geng giler satu kepala ni pun seia sekata untuk makan kat sana. Bab makan mana pernah tolak, kata orang rezeki jangan ditolak, nak plak mee tarik kan huwawawawa…
Share satu kereta, wah kereta kira bergegar riuh gempita dengan macam-macam cerita. Dari cerita anak-anak sampailah cerita mak budak, kuk kik kuk kik memasing ketawa hahaha seronok. Aiyoo seronok bercerita rupanya dah sampai tempat di tuju iaitu kedai Mee Tarik Warisan Asli, alah dekat je pun ngan opis ktorg, wow pasni bolehla pergi lagi ye.
Waktu ktorg sampai ni orang lelaki tak ramai sebab gi solat Jumaat, jadi tempat duduk memanglah ada, risau juga kalau tempat duduk penuh kan, jenuh juga nak menunggu. Kalau korang nak datang kene cepat tau sebab yang buat mee tarik ni lelaki muslim. So kalau diorang gi solat Jumaat takde siapa nak buat mee tu nanti. Dia buat mee tu kat situ jugak dan ada cermin yang membolehkan korang tengok macamana dia buat mee tu. Memang cepat dan pantas. Zup zup zup, tarik tepung tu, uli-uli sikit, tarik-tarik lagi, dah jadi mee!!!
Wahh terpegun ktorang tengok, diorang tengok ktorg ni pun pelik agaknya kan. Siap senyum-senyum sambil tarik mee. Untunglah muka korang masuk blog ahkakkk hahahaha. Memang hebatlah, dan rasa mee tu emphhhh tak dapat nak gambarkan sedapnya. Dan saya tengok yang kerja tu macam orang cina dari Macau tu. Diorang tak faham bahasa melayu, tapi yang amik order tu fahamlah bahasa, kalau tak macam ayam itik pulak kang bercakap kan. Haaaaa berjam-jam explain padahal nak ambik menu saje hohoho.
Masa tengah tunggu makanan pun boleh sambung sok sek sok sek lagi, orang pompuan memang cenggitu kan. Akhirnya menu yang kami order pun sampai. Wow memang sedap sangat, pakat meleleh ailio!!! Chehh tak pernah-pernah makan guna chopstik tetiba aritu Jah teringin pulak nak cuba. Eh boleh aje, tapi lembab macam kekura. Nampak sangat bukan diri Jah yang sebenar hahaha. Last-last makan pakai garfu jugak yang feel nya. Korang bayangkan saya makan mee tu macam iklan Aaron Ajis makan mee maggi, cute kan? kikikiki. Korang, nama menu saya tak ingat tau, saya main letak aje menu tu ikut apa yang saya nampak tu.
Kalau setakat tengok gambar je mesti tak best kan? Lagi best kalau dapat rasa sendiri keenakan mee ni. Ok korang boleh terjah sendiri ke outlet mereka seperti alamat tertera di bawah. Kata member opis saya tu, diorang pun ada cawangan di Bangi, tapi tak sure area mana, kalau dah berdekatan bolehlah cuba sendiri ya. Mee dia memang lain dari mee kuning yang dijual di pasaran. Sedap sangat….Owh ya harga untuk setiap menu adalah dalam anggaran RM8 ke RM12 sepinggan mengikut jenis mee dan jenisnya.
Mee Tarik Warisan Asli
51A, Jalan Tasik Utama 3
Medan Niaga Tasik Damai
Sg. Besi 57000, KL
017-8768960 / 0390543209
Ok kalau nak tahu macamana nak buat mee tarik tu bolehla tonton video kat bawah ni ya, memang superb lah diorang buat mee tu, selamat nonton ;).
Kat Cyberjaya pon ada kedai ni. Baru jer makan last month. Ok lah…blh tahan sedap.
sedapnya… dah lama nak try mee tarik ni tapi tak sampai2 jugak
Hadoi…macam mana boleh tergoda tengok mee ni…
Banyak cawangan dah mee tarik ni. Makin maju dah perniagaan diorang ni. Dekat bangi pun dah bukak jugak.