Selamat hari lahir suami

IMG_2011.JPG
Sweet yeahh?? Hahahaha

Alhamdulillah hari ini bertambah lagi usia suamiku. Peneman dan pendengar paling setia, yang banyak bersabar dengan kerenah saya selama tempoh perkenalan kami. Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan insan yang saya gelar kawan, teman, sahabat, suami dan semua yang seangkatan dengannya. Sentiasa buat saya senyum dan ketawa, menenangkan di saat saya gemuruh dan gelabah. Sentiasa setia dan selalu ingin menunaikan semua permintaan saya yang baik-baik. Berusaha untuk mencapai apa yang saya dan kami inginkan.

IMG_2010.JPG
Pinjam pic google ya

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Walaupun adakala tidak sependapat, tapi kata orang sedangkan lidah lagi tergigit, alah suami isteri takpe gigit-gigit ni hehehe. Janji masing-masing kene faham cara masing-masing untuk menenangkan diri sendiri. Suami bukanlah jenis kaki pujuk, kalau dulu masa baru kahwin bolehla nak pujuk bagai, sekarang ni, janganlah nak manja sangat. Lagipun dah 10 tahun kahwin, saya yakin memasing boleh tahu perangai sendiri dan masih lagi perlu mempelajari banyak selok belok perkahwinan.

Suami suka kalau saya boleh berdikari sendiri, tapi situasi tertentu. Adakala kalau saya tak yakin dengan sesetengah keadaan, suami akan minta untuk temankan saya. Best kan? Kalau dulu saya fikir suami suka saya berdikari, so semua benda nak buat sendiri, tapi bila ada cabaran yang tak meyakinkan, saya akan minta pendapat beliau. So rupanya dia ok je kalau nak minta pertolongan dia. Owh manalah saya tahu, sebab suami ni jenis workaholic so saya takut nak ganggu jadualnya.

Oklah, untuk suamiku tercinta, saya doakan abang semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur untuk sentiasa mengingatkan saya untuk menjadi isteri solehah dan sentiasa istiqamah dan dimurahkan rezeki. Syukran ya Allah.

4 thoughts on “Selamat hari lahir suami”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: