Kedai lampu murah di House of Lightings, Puchong

Kedai Lampu House Lightings

Kedai lampu murah di House of Lightings, Puchong

Dalam pada sibuk nak pindah ke rumah baru, pastinya lagi sibuk nak membeli kelengkapan rumah. Apa lagi kalau bukan lampu, kipas, cermin dan sebagainya. Saya selalu dengar kedai lampu murah di House of Lightings  yang terletak di Puchong, Selangor ni murah dan cantik-cantik belaka.

Aha murah????

Saya suka perkataan tu hehehe. Yelah nak beli bukannya satu dua kan, bayangkan satu rumah, ada 4 bilik, 3 bilik air, dapur, ruang tamu, aha…banyaknyaaaaa. Jadi suami tanya dah tahu ke mana kedainya? Haaisshhh orang perempuan bab shopping memang serba tahu, kalau tak tahu pun mesti cari sampai dapat. So janji abang sponsor duitnya aje hehehe.

Memang ramai Jahhh!!

Ramai orang

Ok ini keadaannya semasa kami tiba di kedai ni. Waktu ni jam 10.30 pagi. Wahh ramai Jahh, kalah pasar basah. Semua nak masuk rumah baru ke ni? Heheheh. Masa sampai tu saya pening, pening sebab orang ramai sangat, pastu pening tengok lampu  tu, giler cantik pastu harga sangat berpatutan.

Waktu tu pulak kami ni takdelah terus nak decide nak beli lampu apa, jenis macamana, nak letak bilik mana. Hmmm selepas 4/5 kali berpusing dalam kedai. Barulah idea datang secara perlahan-lahan. So saya nasihatkan korang sebelum pergi, korang decidelah nak letak lampu kat celah mana, untuk ruang mana, sebab sampai je kedai ni, korang tak sempat nak fikir, tips tu tau hehehe.

Proses order barang

Dan bila kami dah decide lampu-lampu dan kipasnya. Akan ada staff House Lightings yang akan entertain korang. Ambil order satu persatu. Korang tunjuk-tunjuk aje, ikut kemampuan bajet, sebab lampu ni banyak size dan pattern nya, harga pun tak jauh beza.

Jadi perlahan-lahan memilihnya ya. Macam saya ni, nak cepat aje, mana taknya bawa askar-askar ni. Habis semua suiz lampu tu nak di onn kan, maklumlah kan boleh try satu per satu. Nak tengok tahap pencahayaan lampu tu bagaimana.

Sukakan eksperimen, biarkanlah

 

Aduiyaii rambang mata

Try test lampu

Tengoklah si Adam tu, semua nak dicubanya. Saya nak larang pun dah penat, takpelah janji kita memantaunya udahlah kan. Korang tengoklah lampu tu, semuanya mengiurkan kan. Siap dengan bunga-bunga comel, cantik sangat.

Saya suka jenis macam tu, tapi suami pulak tak berkenan. Disebabkan suami yang bayar, saya ikut aje taste beliau, sebab taste beliau juga tidak kurang hebatnya ;).

Nak kipas yang berjenama, supaya tahan lama dan puas hati. Saya setuju bab tu, sebab kami pernah beli kipas bilah plastik dan kaler-kaler tapi daya kipasannya tu tak berapa kuat dah selepas lama digunakan. Alahai, kipas KDK juga yang eloknya.

Wow cantiknya
Berpinar mata
Lampu kat tangga
Lampu kat taman
Testing

Pilih jangan tak pilih

Ok yang atas ni saya dan suami duk pilih lampu di taman. Ehemmm mana satu ni bang? Saya bab ni tak reti sangat, maklumlah tak pernah bertaman hehehe. Biarlah suami yang pilih sebab beliau adalah berpengalaman bab-bab ni.

Yelah ada kene mengena dengan kerja beliau. Takpelah abang fikirlah ye sebab saya dah pening ni, nak balik umah sambil baring menonton Running Man aje dalam kepala ni ha, hahahaha. Tapi bila pilih tu suami akan tanya pendapat saya juga. saya paling concern bab harga, maklumlah orang akaun ni memang cenggitu, sangat particular bab bajet. Oklah tu bang, oklah tu hehehehe.

Lampu kat dapur pulak
Akasia sangat kann hehehe

 

Lampu pagar tembok
Hahah awat sedih je muka tu
Uishh semua pun cantik dan murah
Suke sangat ni
Kaunter kiraan, dan check barang

Ok setelah pemilihan barang semua selesai, kita akan diberi nombor giliran untuk membayarnya. Tapi sebelum tu, diorang ni akan check dulu segala barangan kita tu sama ada dalam keadaan yang memuaskan atau tidak.

Kira QA/QC punya level lah ni. Satu persatu dibuka dan ditunjukkan kepada kita untuk memastikan barangan berada dalam keadaan baik. Ok, sangat puashati, walaupun ramai orang tapi mereka sangat menjaga perkhidmatan pelanggan.

Bagus sangat!!. Oklah setakat ni saya sangat berpuas hati dengan tahapa layanan dan servis kedai ni terhadap pelanggan dan tidak ragu-ragu untuk berkongsinya dengan semua pembaca. So kalau berminat bolehla terjah kedai lampu murah ni.

No. 33-35, Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama,

Puchong, 47100, Puchong, Selangor
03-5882 3790

ajumohit: Hi sayalah tuan blog!!

View Comments (7)

Recent Posts