Alhamdulillah tahun depan Adam akan memulakan persekolahannya. Memang kebiasaannya saya akan hantar anak-anak ke sekolah dari umurnya 5 tahun. Emm tak sangka bucuk ibu ni dah besar, selalu dimanjakan sangat, yelah anak bongsu kan, tak sangka nak bersekolah dah ya. Sudah diajar mengira, mewarna, dan menulis nama sendiri. Tapi biasalah bab belajar ni 10 minit je diorang ni semangat, lepas tu kusss semangatlah kan. Mulalah ibu dia ni naik antu, owhh suh belajar malas, tengok kartun korang cargasss!! Bebudak biasalah, kekadang mak budak pun menengok sama hmmm alahai anak.
Memang semua ibu bapa mahukan pendidikan yang baik buat anak-anak mereka kan. Saya dah pernah anta anak ke Tadika Little Caliph sebelum ni. So far pada saya nampaklah peningkatan pembelajaran mereka. Tapi ingin saya tegaskan, amboih serius ni tau hehehe, pendidikan itu bermula dari rumah. Jangan terlalu mengharapkan pada cikgu saje ye, mak pak juga memainkan peranan dalam mendidik anak-anak. Selepas diorang balik sekolah kene buat ulangkaji, membaca, mengira. Kekadang saya pun terculas sama, tapi anak-anak akan ingatkan, ibu ni tengoklah anak-anak ni, ni asik tengok handphone je. Ok, ok ibu minta maaf ya.
Bab memilih tadika. Disebabkan ingin berpindah ke kawasan kejiranan yang baru. Saya mencari tadika yang boleh menyediakan khidmat untuk sekolah dan juga daycare. Bila dikaji-kaji, Tadika Little Caliphs di sini adalah yang menjadi pilihan kami. Tadika yang lain contohnya Genius Aulad, Brainy Bunch, Naluri Bistari semuanya berada di shoplot kedai. Little Caliphs ni landed area. Lagi satu ada tadika yang tiada daycare, tapi kalau ada daycare pulak cajnya sehingga RM700 lebih sebulan. Kusss semangat!!.
Kalau dikira, caj untuk yuran bulanannya ialah RM250, dan RM180 untuk daycare. So jumlahnya adalah RM430 untuk sebulan. Saya tak pernah hantar anak-anak ke nurseri, sebelum ni dengan jiran sahaja, jadi saya agak terkejut kerana ramai juga kanak-kanak di sini. Hati ni risau, macamanalah anak-anak nak berdikari kan. Harap-harap diorang dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Dan moga lebih seronok dengan kawan-kawan baru. You can do it Adam, ibu harap Adam jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat ya.
Najwa dan Najiha pula saya daftarkan di Sekolah Rendah Agama. Sekolah ini menyediakan pendidikan agama KAFA dan transit untuk ke sekolah Kebangsaan. Duit pendaftaran dan yuran adalah lebih kurang RM550 seorang, yuran bulanan kafa adalah RM130, transit RM135, pengangkutan RM40 dan yuran mengaji RM25, jadi jumlahnya lebih kurang RM330 seorang untuk sebulan, pheww. Pastinya mereka ini perlu berdikari untuk menyiapkan diri sendiri. Jadi apabila mereka pulang dari sekolah kebangsaan sesi pagi, sampai di sekolah agama, siapkan diri, mandi, tukar baju dan makan serta bersedia ke sekolah agama sesi petang pula. Yang penting kat sini konsepnya, berdikari. Ibu akan pastikan semua baju dan kelengkapan kamu ditulis nama agar tidak tertukar dengan kawan. Sebenarnya mereka juga menyediakan pendidikan untuk pra sekolah, tapi bila saya tengok ramai sangat anak-anak yang dihantar ke sini, jadi Adam saya hantar ke tadika LC.
Semoga pilihan ibu ini adalah pilihan yang terbaik buatmu, ibu rasa sayu bila mana anak-anak ibu sudah meningkat usianya. Ibu sentiasa berdoa, semoga pilihan ini akan mendidik anak-anak ibu menjadi insan yang berjaya dunia akhirat. Kamulah saham ibu abah di akhirat nanti. Dan jangan lupa setiap kali kamu berjauhan dari ibu, sentiasa terdetik di hati ibu, sudah makan ke anak-anak ibu? Macamana diorang persiapkan diri di sekolah, bagaimana pakai dan minum mu. Inilah perasaan setiap ibu kan. Hmmm saat ini air mata mula bertakung, YA Allah apalah sensitip benor ibumu ni kan.
Bukan apa selama ini pengasuh yang persiapkan semuanya, dan apabila diorang perlu belajar berdikari, hati sayu memikirkannya. Ibu doakan kalian boleh membiasakan diri dengan suasana baru, dan ibu harap ianya permulaan yang baik buat kalian.
P/S: Baru mendapat berita yang mana sesi persekolahan bagi tahun 2015 akan bermula pada 11 Januari 2015 (Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, Mana kala 12 Januari 2015 (Bagi negeri-negeri lain). Semoga banjir segera surut dan keadaan kembali sediakala, ujian Allah buat kita dan semoga semua mangsa tabah menghadapi ujian ini.
itulah pilihan terbaik untuk anak-anak…ema still hantar sekolah yang sama…. balik sekolah letak di rumah pengasuh yang sama juga,
Memang kena buat persediaan awal untuk anak-anak. Aku pulak sedara mara berebut nak jaga anak-anak aku untuk transit dari sekolah agama ke sekolah kebangsaan. Tapi aku tetap menggunakan khidmat sepupu mak aku yang siapkan anak aku tahun lepas.
Memang sedih kan jun bila pk bab anak anak ni. Kita ni keje ssh x keje pun ssh. Harap mereka pandai la berdikari sementra nak besar nih.
Wow boleh tahan mhal gak byrn sume tu. Redho je lah. Nak buat macam mana kan. Nanti boleh akk pg rumah baru aju pulak. Mesti rumahnya besar dan cantik kan. Bestnyaaa. Nape x beli kat area rumah akk je. Boleh berjiran. He he he
wow..bnyk jgk belanja utk anak2 sekolah kan..
sy pun risau memikirkan anak manja saya tu..mcm mana la kat sekolah nnt..semestinya perlu berdikari.
Adam sebaya qahirah. Fiza hantar kat PASTI. Itu yang mampu poket aju. Pitam gak tgk perbelanjaan yuran anak² aju ☺