Kambing tu busuk, tapi susunya yang sudah diproses tu taklah hamis macam empunya badan tu. Saya memang bukan seorang yang suka minum susu kambing, tapi kalau makan kari kambing cicah roti canai rangup dan tebal, haaa itu kegemaranku!! Nallerekek sangat!!
Kawan opis saya, selalu minum susu kambing setiap kali pregnant. Hari-hari duk cerita, seminggu sekali dia akan ke pasar pagi kat rumah dia, dan beli stok untuk seminggu. Susu tu letak kat tempat beku (freezer), bila nak minum, sila turunkannya ke bawah yakni dalam fridge.
Dalam hati saya, eh tak mual ke dia ni minum susu kambing? Bukan susu tu berbau hamis ke? Emmm tapi kalau nak tahu susu kambing tulah yang paling berkhasiat dan memberi banyak manfaat kepada tubuh badan kita semua, jika kita konsisten meminumnya.
Nak pula disulam dengan makan kurma, makanan sunnah kan? memanglah semuanya bermanfaat sangat, bagus untuk diamalkan.
Nak jadi cerita, minggu lepas kami ke pasar malam Paya Jaras, jangan tanya kenapa jauh sangat, kata dah pindah rumah kan. Dah tiada pasar malam Gombak ok hehehe, walaupun dalam hati rindu mendalam sangat kat pasar malam Gombak. Hmm boleh???? Apa-apa jelah kan hahahha.
Bila jenjalan tu, hajat dalam hati nak beli pecal, hmmm saya suka sangat pecal, kalau makan tu saje tak makan nasi pun takpe :). Bila jenjalan tu terpandang susu si kambing ni. Dijual dengan harga RM6 sebotol. Saya ni niat nak mencuba je dulu, kalau boleh telan baru tambah stok ;).
Waktu beli, memang susu tu beku. So penjual tu pesan, kalau nak minum akak letak kat luar dulu. Nanti dia akan cair dan akak boleh minum. Akak ke???? Tengok dia lagi tua dari saya kekeke, sempat lagi nak main teka-teka umur pulak kat situ. So belilah sebotol.
Then bila balik rumah saya letak dalam fridge dan besoknya sudah sedia untuk diminum. Minum sejuk-sejuk tu yang sedap tu, sejuk je lalu kat tekak. Mula-mula tahan nafas juga, tapi bila rasa dan bau, tidaklah seteruk yang disangka.
Pasti semua dah tahu kebaikan minum susu kambing kan? Kalau nak tahu, ia boleh mengelakkan bayi dari terkena demam kuning, baguslah tu sebab ketiga-tiga anak saya semua ni memang semuanya jaundis masa baru lahir dulu.
Selain itu susu kambing juga memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan kita. Dan ianya juga merupakan sumber kalsium dan mineral untuk tubuh dan kandungan si ibu. Alhamdulillah seronok sangat dapat memberikan sesuatu yang baik untuk baby ni, dan berdoa semoga baby ni sihat dan baik-baik hendaknya. Pendek kata, amalkan makanan sunnah, Insha Allah semoga dipermudahkan.
assalamualaikum kak aju.. wahh bestnya. amalan sunnah boleh kurangkan jaundice baby. nanti next baby, sheila pun nak amalkan minum susu kambing. masa adam, tak terliur nak minum susu kambing. lepas bersalin baru rasa, sedap rupanya. sheila minum susu kambing anugerah. hehehe takda bau hamis yeayyyy ~~~
tu lah..dulu mak suh minum susu kambing. gatai buat tak endah..hambik. anak kita 3 bulan kuning. tmbh2 kita dan somi darah O, lagi lah tinggi chance utk anak kena kuning..
nyesal.
Mula-mula dulu rase mual jugak try minum susu kambing ni. Bila dah biasa rasa cam best plak 🙂
dulu rajin minum.
sekarang dah tak rajin dahh.
haha..
bini je yang rajin minum sekarang.
Samalah..kalau susu memang liat sikit nak minum..tapi kalau kari kambing…sayalah yang no 1 satunya..hehe