Bandingkan harga di PricePanda Malaysia | Korang yang suka shopping ni pernah buat perbandingan harga barangan tak? Ha kalau nak tahu, PricePanda adalah laman web yang menyediakan perbandingan harga bagi produk yang baru dilancarkan di pasaran. Pengguna akan didedahkan dengan informasi harga bagi alat peranti terkini dan produk lain.
Di samping itu, laman web PricePanda memaparkan komen-komen profesional mengenai produk-produk yang telah disenaraikan di laman web ini. PricePanda ditubuhkan pada 2012 dan boleh diakses di mana sahaja melalui aplikasi untuk semua peranti Android dan iOS.
Pricepanda Malaysia
Mudah, pantas dan informatif, itulah komen saya apabila melihat website ini. Harga yang dipaparkan adalah perbandingan dari beberapa kedai online dan secara tidak langsung membantu anda membuat pilihan yang berbaloi. Apa yang saya survey?
Sebagai pengguna produk tegar Apple, sudah semestinya saya ingin mengetahui harga terkini iPhone 6 Plus yang menjadi idaman saya. Nampak gaya iPhone 5S saya ni perlu dijual, ada sesiapa yang berminat nak beli tak? Ngeee

PricePanda
Bagi saya yang menggunakan telefon untuk whatsapp, call, layari internet, update blog, iPhone 6 plus sangatlah sesuai kerana skrin amat besar berbanding iPhone 4 dan 5 ni yang amatlah terhad penglihatannya.
Malahan nak taip pun kekadang tersilap huruf kerana jari agak montel. Nak taip A tertaip B, nak taip C tertekan Z, hmmm jari-jari. Eh kenapa salahkan jari kan? ;).
Bandingkan harga di Pricepanda
Anda hanya perlu menaip produk yang anda inginkan di web PricePanda dan paparan skrin di atas akan tertera mengikut kategori produk berserta harganya. Untuk melihat dengan lebih terperinci hanya klik “compare price” dan paparan skrin di bawah akan dipamerkan.
Kalau tengok kepada harga yang dipaparkan, nampak gaya memang banyak perbezaan harga antara satu syarikat dengan syarikat yang lain mengikut klasifikasi model 16GB dan 128GB. Contohnya Pada saya model 16GB sudah mencukupi sangat dah untuk kegunaan saya ni ;).
Jelas nampak harga dan spesifikasi
Kalau tengok perbandingan antara 3 syarikat di atas iaitu Apple Store, Expansys dan Lazada, nampaknya Apple Store menawarkan harga yang murah untuk model iPhone 6 plus 16GB Silver. Wahh perbezaan harga yang ditunjukkan adalah dari RM576 sehingga RM750. Dan banyak penjimatannya tu kan? Sekarang pastinya memudahkan anda membuat perbandingan harga dari masa ke semasa.
Maklumat yang mudah dihujung jari, tak perlu masuk dan keluar kedai untuk bandingkan harga, segalanya kini mudah dan pantas. Terpulang kepada anda untuk membuat pilihan mengikut citarasa dan bajet kewangan poket anda sendiri ;). Jadi jangan lupa layari laman web, blog dan facebook PricePanda Malaysia untuk maklumat yang terkini ya .
Website: http://www.pricepanda.com.my
Blog: http://www.pricepanda.com.my/blog
Facebook: http://www.facebook.com/PricePandaMalaysia
Leave a Reply