Ikan patin tempoyak, Temerloh Catering, Shah Alam

Hmmmmmm selera mak buyong mencanak-canak sekarang ni. Ada juga jenis lauk pauk yang saya tak boleh nak hadap sangat, contohnya lauk beriani ataupun masakan yang pedas-pedas. Kata orang tengok kedai jugalah, ada yang saya boleh ngam, ada yang tidak. Waktu mengandung ni saya rajin masak, tak kisahlah lauk simple macamanapun janji masak di rumah dan makan dengan keluarga, hmmm selera sangat ;).

IMG_3340.JPG
TQ abang

Ahad lepas, suami saya tak pergi ride motor, katanya nak ambil hati saya sebab beliau nak ride ke Danok hujung bulan ni. Suami offer saya nak pergi mana? Abang bawakkan mana je aju nak pergi ;).

Hmmm ok saya taknak shopping, sebab saya penat nak berjalan. Saya minta nak makan ikan patin tempoyak kat Shah Alam tu je ;). Hmm ini kali kedua kami makan kat sini. Sebab saya suka ikan patin tempoyaknya masam-masam dan kene dengan selera ibu mengandung kekekek.

IMG_3346.JPG
Tembam kan saya? hehehe

 Sebelum makan selfie dulu. Tak cukup korum sebab suami dan Najiha tengah ambil lauk. Takpe entri lain nanti ibu masukkan gambar korang pula ya. Kita tengok menu dulu.

Suami tau selera saya, ikan patin tempoyak, pecal, ulam dan paaaaaaling penting sambal tempoyak!!! Sangat kawww!!! Syukur sangat!!! Tercapai hasrat saya nak makan ikan patin kat sini ;).

IMG_3342.JPG

IMG_3344.JPG

IMG_3343.JPG

IMG_3341.JPG

IMG_3345.JPG

Kedai ni memang sentiasa full house. Kebetulan kami sampai jam 12:30 tengahari, memanglah penuh pelanggannya. Dan kebetulan masa kami sampai je ada satu family tu baru habis makan, rezeki kami dapat tempat duduk dan dekat dengan tempat ambil lauk dan makanan hahahahaha mudah aje kerja suami saya ;).

Kalau nak tahu sepotong ikan patin sangkar harganya RM12, manakala ikan patin buah RM23 macam tu. Sebelum ni patin sangkar tu RM10 sepotong, mungkin sebab susah nak dapat ikannya, kan Temerloh banjir, habis semua ikannya dihanyutkan bah, agaknyalah kan ;).

BACA  Menu Hari Ini | Nasi Tomato Mesra Bersama

Kepada yang nak merasakan keenakannya, dan belum pernah ke sini, bolehlah terjah

No. 2-G, Jalan Pahat J 15/J, Kompleks Otomobil,
Section 15, Selangor, 40000 Shah Alam
019-575 1308

Inilah saya sekarang, tak suka make up, pucat dan mual heheh 🙂

IMG_3347.JPG

7 thoughts on “Ikan patin tempoyak, Temerloh Catering, Shah Alam”

  1. wahhhh…tahniah aju..hari tu ade sembang2 ngn mak wan..katanya aju dah berisi…tahniah

    sedapnya patin tempoyak….adeh..meleleh ayaq liur

  2. Dah try kat bangi ada kedai baru bukak restoran dapor koi. Patin tempoyak dia pon kaw.. Tukang masok org pahang… Kat putra kajang

  3. ni baru btul patin tempoyak temerloh….
    kuah tak pekat n tak cayak…
    kaler2 ngam2 je kekuning xkemerah….
    ni klu den hirup meleleh peluh

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: