Macam nilah tugas mak-mak dan pak-pak. Setiap kali sesi persekolahan tahun baru bermula pastinya akan bercuti untuk melihat dan menemankan mereka ke sekolah. Seronok perasaan gembira dan sayu bercampur baur. Nak plak ini adalah sesi persekolah anak-anak di sekolah baru mereka. Makanya nak kene cari kawan baru, nak mengenali cikgu, nak tengok sekolah baru, nak teman diorg naik van. Jadinya semua itu pastinya merisaukan naluri keibuan saya ini.
Hari pertama adalah Hari Isnin. Alia sudah di darjah 4 manakala Najiha di Darjah 2 tahun 2015 ini. Diorang dapat sama sesi kata ko!! Sesi pagi. Seronok tak terkata. At least saya dapat temankan diorang untuk sesi yang sama. Perut pun tak memboyot lagi jadi masih mampu berjalan ke hulu ke hilir melihat persekitaran sekolah. Alia pesan, kalau ibu tak larat tak payahlah temankan. She was very concern about her “adik”. Tq kakak, takpe selagi ibu larat selagi tu ibu ngekor korang hehe.
Sampai diorang masuk ke kelas lah saya ngekor tu hehe. Syukur memasing takde nangis-nangis dah. Dah besar kan, hmmm ibu pulak rasa nak nangis hehehe. Jadi selepas teman diorang, saya pula pulang ke rumah. Masak, sidai kain, suami pesan kalau sempat kemaslah kain baju dalam kotak tu. Oklah bang, tapi mata rasa nak tidur aje ;), takpelah mesti suami tak marah sebab mengandung kan hehehe.
Bila tiba waktu nak pulang sekolah, saya bergegas ke sekolah semula. Najiha habis kelas jam 1:00 petang, Alia pula jam 1:30 petang. Takpelah menunggu japlah kakaknya tu. Merah-merah muka memasing, panas kan petang-petang sekarang ni. Kesian tengok anak-anak semua ni, nak pandai macam nilah kan, bukan senang nak jadi senang, semua kene usaha ;). Jam 1:45 petang van sekolah pun tiba. Van ni hantar diorang ke sekolah agama yang mana ianya juga pusat transit diorang ni.
Bersesak dalam van, selagi muat selagi tu pakcik tu suruh masuk ke dalam. Hmmm saya perhati je, nak tegur pun saya orang baru kan. Takpelah lagipun sekolah agama tu dekat sangat. 5 minit macam tu, kalau naik vanlah, kalau jalan kaki tak sampai kot sebab penat hihi. Jadinya bersardinlah korang jap dalam van tu sementara sampai sekolah agama ya.
Jam 1:50 petang sampai sekolah agama. Bergegas diorang semua makan pula. Sempat snap gambar memasing dengan muka merah dan penat. Berkejar-kejar hidup korang kan. Ibu kesian, tapi ibu tiada pilihan lain. Semoga ini kenangan manis buat korang untuk dikenang bila dah berjaya nanti kan ;). Sambil makan tu saya pesan nanti lepas ni mandi untuk ke sekolah agama pula. Untuk pengetahuan pembaca, transit dan sekolah agama adalah dalam bangunan yang sama. Lepas makan diorang naik tingkat atas untuk mandi, dan turun semula ke tingkat 1 untuk masuk ke kelas agama pula.
Insha Allah saya tak risau bab keselamatan, Allah jaga hendaknya ;). Selama 3 hari saya perhati diorang punya jadual ni. Alhamdulillah diorang mahir nampaknya, bak kata orang dah boleh ikut pergerakan jadual harian tu. Penat memang penat, sekarang ni jam 10 malam dah pengsan, tapi saya pastikan homework semua dah siap ;). Najiha tu kekadang jam 8:00 malam dah hanyut, tak sempat solat Isya’. Adam pula nampaknya dah seronok dengan persekolahannya. Cikgu kata dah tak nangis lagi. Alhamdulillah my little khalifah, u did it ;).
seronok tengok anak-anak masuk sekolah, teringat zaman dolu-dolu…
sekolah kat mana ni aju.. akak kat sri gombak gak. senang kalau tempat transit dekat dgn sekolah agama.. boleh info kat akak tak? sebelum ni anak akak sekolah swasta dari 7.30 – 4.30, kira2 sampai umah dalam pkl 5 ptg… tak tunggu lama lah sbb akak sampai umah 6.. sekrg suma dah tuko sekolah kerajaan balik tapi tu le riso… takde transit..