Assalamualaikum
Diam sunyi seribu bahasa ;). Banyak nak ditulis tp mood agak ke laut ditambah mual-mual mengadap phone dan PC. Lagipun banyak benda nak dibuat bila pindah rumah ni. Bila pindah angkut je semua benda, bila nak unpack, berlonggok lagi dalam kotak tu. Phewww mencabar sangat ;), maklumlah masa mengandung ni dilarang buat kerja-kerja berat, sentiasa rasa nak baring je, tapi kalau bukan ibu-ibu, siapa lagi nak selesaikan barang-barang tu semua kan?. Takpela perlahan-lahan, man-man ;).
Semalam adalah hari pertama persekolahan anak-anak kita ni ya. Semuanya dengan baju baru dan kelengkapan baru. Teringat anak-anak mangsa banjir, tetap semangat nak memulakan persekolahan biarpun tanpa baju dan beg baru ;(, sayu hati, namun dikejauhan tetap juga kirimkan doa dan sedikit bantuan moga meringankan beban mereka.
Anak-anak saya, Alia, Najiha dan Adam memulakan persekolahan mereka di sekolah baru. Sekolah kebangsaan sesi pagi, sekolah agama sesi petang. ADAM? Minggu lepas adalah minggu pertama hantar untuk daycare dan Adam memang sedih aje, menangis, merengek takmo pegi sekolah. Yelah belum ada kawan lagi kan. Tapi puaslah memujuk, Adam belum mula sekolah lagi. Nanti mesti dah sekolah ada kawan ramai kan.
Tengok muka Adam pun dah tahu dia macam sedih je. Tapi semalam balik sekolah katanya seronok!! Alhamdulillah moga Adam terus semangat nak ke sekolah ya. Kakak-kakak tiada masalah, tapi saya tetap temankan diorang ni dari waktu perhimpunan sehinggalah diorang selamat masuk ke kelas. Adam saya tak jenguk sebab risau nanti nak ikut saya balik pulak ;). Semalam banyak berjalan dan berdiri dan hari ni kaki sebelah terseliuh dan rasa sakit. Alia dan Najiha dah pesan ibu jangan banyak berjalan. Ibu makan ni, ibu makan tu, ni ktorg belikan untuk ibu, baby nak rasa. Hahahah caring sungguh, kalau tau macam ni awal-awal lagi ibu dah mengandung ;).
Syukur nampaknya sekolah baru ni nampak selesa, yelah baru 4 tahun beroperasi. Serba serbi nampak kemas cantik memuaskan hati. Sekolah ini adalah sekolah rendah kedua yang ditubuhkan kerana penduduk di sini terlalu ramai dan padat. Dan selepas selesai urusan sekolah kakak-kakak dan abang. Saya ke temujanji dengan doktor untuk check up bulanan. Alhamdulillah baby sihat ;). Siap gerak-gerak “say hi” kat ibu dia. Dan kandungan saya sudah masuk 10w3days. Alhamdulillah semoga anak ibu sihat-sihat sahaja ya ;).
Sekolah mana ni aju? Cantik ☺
Qahirah pon nangis jugak masa 1st day. Padahal dah seminggu dok daycare kat situ. 2nd day dah tak nangis.
selamat melangkah ke sesi persekolahan baru buat anak2 Aju. tahniah Aju..harap baby sihat & selamat dilahirkan..
Tahniah for new baby..:)