Alhamdulillah
Alhamdulillah
Syukur kepada Allah
Cer teka!!! Sapa jawab betul tahniah ya.
Cer teka!!
Cer teka!!
Cer teka!!!
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Oklah, inilah jawapannya kenapa saya senyap sunyi seribu bahasa hahaha!! Alhamdulillah kalau dah rezeki kan, kata orang rezeki jangan ditolak. Saya dan suami memang dah merancang cukuplah dengan 3 orang anak ni dahulu, dan perancangan manusia tidaklah sehebat perancangan Allah. Dan setelah 4 tahun, Allah kurniakan kami dengan ahli keluarga baharu ;), !!!! Rezeki berganda-ganda, bak kata orang Year End Promotion..Wahhh..
Syukur sebab yang paling gembira, sudah tentu-tentulah anak-anakku itu. Si Adam tidak pula menunjukkan kecemburuannya. Malahan sayang benor dengan perut ibunya. Asyik nak mengintai si Baby ikut pusat ibu dia ni. Eh alahai, memang sampai bila-bila pun tak nampaklah abang Adam oiii.
Mabuk? Alhamdulillah pengalaman sepanjang mengandungkan 4 orang anak sebelum ni saya memang tiada alahan. 4 ORANG ANAK? ya 4, sebab anak yang pertama saya gugur sewaktu kandungan 5 bulan setengah. Tiada rezeki kan. Takpelah saya redha, sebab selepas tu dikurniakan anak berderet-deret, dan sewaktu umur saya 29 tahun, sudah punya 3 orang anak hehehe. Kagum member opis tau, macamana saya buat tu? Takdelah rahsia pun, setiap tahun beranak, ha bolehla capai target umur cenggitu ;).
So anak yang ke 5 ni, saya mula rasa pening-pening masuk minggu ke 6. Wahh kalah kakak-kakak ngan abang ko dik. Dia punya pening tu sampai nak makan pun tak lalu. Emmm saya tak pernah merasa pengalaman macam ni. Hmmm baru sikit punya ujian pun dah rasa tak tentu arah. Pening, mual dan syukur tak muntah ;). Kalau tak rugi je makanan tu hehehe. Minggu ke 6, 5 hari, ok dah makan hehehe, ni mabuk memain namanya, hehehe saje nak test ibu dia. 5 hari namun rasa macam bertahun peningnya huhuhu.
Ramai yang tegur muka saya kelihatan pucat, hmm saya pening pagi-pagi, tu sebab pucat kot. Aritu baru sekali je jumpa doctor untuk pengesahan pregnancy ni. Suami yang paling excited, siap nak scan bagai, mana tak excited dah 4 tahun takde baby kan hehehe. Siap tanya baju mengandung lama-lama dulu ada lagi tak? hehehe nama pun LAMA, sudah tentula sudah lama kucampakkannya. Sekarang kan banyak baju mengandung cantik-cantik, jadi beli barulah bang hahaha.
Dan sebelum perut menjadi lebih besar dari biasa, saya dan keluarga keluar beriadah sepuas-puasnya. Berjalan dengan bebudak bertiga kemana sahaja. Sebab tahu, kalau baby dah lahir, pergerakan adalah sedikit terbatas. Nanti baby uwek-uwek tak tentu arah nak balik ;). Tentang jantina pula, saya tak kisah sama ada baby boy or girl, janji baby sihat tubuh badannya. Suami sudah tentu nakkan boboi, begitu juga Najwa, Najiha dan Adam, takpelah janji sihat sudahlah kan. Jangan mengharap sangat, janji Baby baik-baik sahaja :).
Sebelum ni kalau sarapan, mesti telur rebus 2 biji, Diet Atkins katakan!! :). Dan setelah tahu mengandung ni, tekak mula nakkan makanan yang berat-berat dan semestinya menambah berat badan kekeke. Orang kata mengandung ni makanlah apa sahaja yang kita nak, tapi risau juga mengandung di umur 33/34 ni, risiko kesihatan masih ada kan. Jadi yang penting jaga makan dan kesihatan :).
Dan mood adalah sangat tidak berapa stabil. Sebab tu blog pun semakin terbiar..Banyaknya nak cerita tapi nantilah cari kekuatan dalaman dulu. Aiyoo sangat peningnyeeee. Hari ini kandungan saya baru mencecah 9 minggu 3 hari, doakan saya dan baby baik-baik sahaja insha Allah ameen.
Assalamualaikum kak aju, alhamdullilah. syukur. bestnya .. bakal dapat baby baru .. yeayyy sheila happy sangat. heeee
Wah tahniah tahniah.
Alhamdulillah, tahniah aju…kita ada anak sebayalah nanti….
Haaa…akhirnya. kan akak dah cakap 😀 Tahniah ye Aju
Tahniah Aju.
Tahniah Aju, moga diberikan kesihatan yang baik sepanjang mengandung.
Tahniah!.
Alhamdulillah tahniah kak Aju… 🙂
Alhamdulillah…Tahniah aju. Selamat menepuh 40 minggu nan indah ☺
Alhamdulillah….rezeki,semga dipermudahkan urusan mengandung kali ini.
Wah,m tahniah kak ju!!!! saya baru tahu akak prgnant,,, lps baca entry susu kmbing, dan2 casri entry akak gtau prgnant… hihii