Bantuan persekolahan RM100 pun nak rembat | Sebenarnya bulan lepas lagi cikgu dah umumkan untuk semua ibu bapa pi collect duit bantuan persekolahan RM100 ni, tapi disebabkan kami ni busy nau nau, tertangguhlah ianya sehingga minggu lepas.
Cikgu ada edarkan surat makluman tarikh untuk semua ibu bapa boleh ambil duit bantuan tu, kali pertama dan kedua memang bersurat, tapi kalau dah sibuk sangat dan tak dapat nak ambil cuti, kali seterusnya tu lantak kaulah hehehe.
Minggu lepas saya ada telefon pihak sekolah, katanya saya boleh datang dalam minggu tersebut untuk dapatkan duit tu. Oklah Insha Allah rasanya saya boleh datang kot. Bukan apa, duit tu boleh simpan dalam akaun Tabung Haji anak-anak saya tu. Ada jugalah pekdahnya untuk kemudahan mereka di masa hadapan kan ;).
Oklah petang tu saya ke pejabat sekolah seperti yang telah dijanjikan. Kemudian saya memberitahu kepada kerani pejabat sekolah yang saya ingin mengambil duit RM100 tu. Saya beritahu kelas anak-anak, dan 5 minit kemudian beliau datang semula berserta senarai nama pelajar mengikut kelas yang diberitahu.
Bila saya bagitau nama anak, kerani pun menyemak nama pelajar satu persatu. Yang PALING MEMERANJATKAN saya ialah, ada “insan” yang telah mengambil duit tersebut BAGI PIHAK SAYA. PAdahal saya dan suami memang tidak menerima wang tersebut.
Beginilah adanya cari dia menyonglap duit tu. CONTOHNYA nama anak Siti Aminah binti Ali Abu. “Insan” tu tulis nama mengikut nama bapa (TANPA BIN) dan menulis no kad pengenalan (DAN TAK CUKUP 1 ANGKA). Dalam hati saya senangnya dia ambil duit tu, pihak cikgu atau pihak sekolah tak semak dengan kad pengenalan atau surat beranak anak ke? Dan saya ajukan pertanyaan tu pada kerani tersebut.
“Puan tak semak dengan IC ibu bapa ke?”, Kerani tu jawab,
“Tahun lepas kita buat macam tu tapi IBU BAPA MERUNGUT katanya lambatlah nak semak macam ni, alahai setakat RM100 je takkanlah kami nak tipu”.
Lohai, ibu bapa, kalau dah itu prosedurnya JANGANLAH kita menafikannya mahupun mempersoalkannya. Lihatlah, jika prosedur itu tak diikuti, musibah dan perkara macam inilah yang akan berlaku.
Saya punya berderau darah, Tuhan saja yang tahu. Saya risau kalau kerani tu kata saya menipu. Dah ambil duit tapi kata belum dapat lagi. Lepas tu, semak nama Najiha pula, ha part Najiha orang tu tak kebas. Kalau dia tahu anak saya 2 orang, mesti dia songlap semuanya kan?
Dan paling sadis, kerani tu kene ganti duit tu dengan duitnya sendiri. Hmmm yang pasti orang yang songlap tu takkan diberkati rezekinya. Dan andai kata dia betul-betul memerlukan wang, ini bukan caranya kerana tindakannya tu menyebabkan orang lain pula teraniaya nak ganti balik duit tu.
Syukurlah saya dapat mengambil duit bantuan tu untuk anak-anak saya. Jadi selepas ini, semua pihak kene lebih berhati-hati dan berikan kerjasama sebaiknya untuk kebaikan SEMUA pihak.
ada jugak yg terdesak menipu cara gni..nasibaik aju dpt gk duit tu
Tengok IC pun dah pelik.Banyak 0.
sampai mcm tu sekali no… tak takut dia ye…
Perangai macam ni pun ada sungguh licik.
apa la diorang ni.
kan ke jadi darah daging???!
Allahu Akbar…
Ada juga kes macam tu.. tapi tak boleh salahkan si penipu sebab pihak sekolah perlu ikut SOP walaupun ada komplen dari ibubapa yang lain. Sbb bila dah tak ikut SOP yang ditetapkan tak boleh salahkan org lain…
Masa aku ambik hari tu siap nak terbagi RM 200 sebab ralit berborak ngan aku… sblm berborak dah bagi RM 100.. Habis berborak hulur lagi RM 100.. Kalau aku jahat memang diorang short dah RM 100… Kalau handle duit ni tak boleh main-main…
Sepatutnya ibu bapa tak perlu merungut kalau ada confirmation IC utk ambil wang. Lebih selamat.
kes penipuan ni selalu sangat tapi tak nampak. kalau betul dorang dah amek mesti dapat kesan dengan kad pengenalan ibubapa atau sijil lahir.
nampaknya memang memalukan sekolah dan kerajaan semuanya.
pasal duit.. gelap terus mata..
silap cikgu sekolah tu.
patut kena ganti tu.
aku sendiri paksa mak bapak atau penjaga tunjuk bukti diorang ni anak diorang atau penjaga diorang.
kalau tak, gi balik ambil mykad.
dengan aku, takde main-main.
haha..
La, duit ginih pun ada yang nak tipu ker.. Adoila..
Kelalaian pon satu hal jugak. Sepatutnya memang kena tunjuk IC parents ngan surat beranak anak kan aju. Mana boleh amik macam tu jer.
Menanggung lah org yang mencuri tu.
Aduih camnie nyer org pun ada.Kesian kerani tue kena gantikan kan.
RM100 pun org tipu kalo bagi lebih tak tau ler camner kan..
Apa punya orang daaa.. Tak apa lah aju..dah tak ada rezeki kan…