Blog tak boleh buka

Hmmm stress mak bila blog bermasalah. Memang tak selalu update tapi suka tengok jumlah traffik yang masuk walaupun entri tak update hari-hari. Tak tahu menahu pun pasal ni, sampailah satu masa tu duk tengok traffik menurun plak, apehal??? Dan ada seorang member blogger duk komen kat page FB ajumohit.com, rupanya diserang isu malware.

Inilah menatang malware tu

Apa malware tu? Entahlah yang, yang saya tahu tupperware je. Menatang apalah malware tu? Dahla tengah mabuk mengandung nak mengadap blog memanglah hazab. Lagilah nak menggodek sesatu kod apa semua tu, hmmm acik surrender!!!

Takpelah saya relaks aje, sampailah nampak ada CPUV Nuffnang plak baru masuk. Hohoho walaupun income dia singgit dua hengget je, namun seronok tau dapat BE baru. Hmm time blog bermasalahlah dia muncul ye, hmmm takpe-takpe nanti saya tanya kawan blogger lain.

Dan kebetulan dapat emel dari pihak advertisor Exabytes. Rupanya isu malware tu disebabkan coding iklan kat header blog ni. So diaorang suh delete aje coding tu dan nanti akan diberikan coding baru.

Oklah saya pun deletelah menatang coding tu dengan harapan malware tu berambus cecepat. Hmmm tak pun, sama aje blognya tak bolek bukak! Eiii sabor jela. Dan hari ini nampaknya blog saya sudah pulih sedia kala, hmmm lega rasanya :).

So nak cerita pasal apa ek arini? Emm…hari ni anak buah suami saya bernikah. Hmmm terasa cepatnya masa berlalu kan. Nanti saya update tentang kendurinya ya.

BACA  Cerita Kursus OBS - Part 2

2 thoughts on “Blog tak boleh buka”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: