December 2, 2020

Roti Canai D’ Bukit, Bangi. Kari kambing dia best!!

Roti Canai D’ Bukit, Bangi. Kari kambing dia best!! | Assalamualaikum korang dah pernah ke roti canai d’ bukit bangi ke? Orang Bangi, Kajang dan berdekatan tu mesti dah tau sangat tempat ni kan. Makan sedap dan servis diorang pun cepat.

Sejak saya mengandung ni, mood tak tentu arah jadinya. Deria bau terutamanya, bau nasi ayam tak boleh, bau sate jadi mual, makan kat Nu Sentral pun rasa pening je.

Tapi kalau makan kat roti canai d’ bukit ni ok pulak hahaha. Dahla jauh nak datang selalu tapi sedap punya pasal, kami datang juga.

Jom ke Roti Canai D’ Bukit, Bangi

Ok bab makan. Saya kalau pepagi pekena teh tarik, roti canai garing, nasi lemak sotong, pehhhh nikmatnya. Tersandar kekenyangan dibuatnya lepas tu ;).

Kali ni saya nak ajak korang makan sarapan pagi di Roti Canai D’ Bukit, Bangi. Kalau nak senang, keluar dari tol Kajang. Menghala ke Bandar Baru Bangi, sebelah kiri korang dah nampak dah restoran ni. Terletak atas bukit, sama macam namanya tulah.

Zaman sekarang orang google je terus sampai depan pintu. Macam dulu-dulu kita bagi landmark dari situ menggagau cari. Beza betul zaman dulu dan sekarang kan hahaha.

Nak bagitau ni. Parking agak limited, kalau awal dapatlah parking dalam area tu. Kalau tak parkinglah luar tepi jalan dan berjalan sikit naik ke bukitlah citer dia. Hahah memanjat bukit sikit je la.

Sebenarnya kat Bangi ni memang banyak pun kedai makan viral. Yang saya dah pergi tu kat Warung Bunian. Best-best makanannya. Kalau tak sedap memang tak ceritalah kat blog ni.

(null)
Roti Canai D’Bukit

Waktu operasi Roti Canai D’ Bukit, Bangi

Memang ramai yang suka datang ke sini. Katanya kedai ni dibuka seawal jam 6:30 pagi lagi dan berakhir sehingga makanan habis atau jam 11 pagi. Dari Hari Selasa hingga Ahad. Pertama kali cuba memang terus jatuh cinta kekekeke.

Bab servis jangan risau sebab bila korang sampai je kedai ni, akan ada pekerja yang akan terus ambil order. Dan servis mereka memang cepat. Ramai je staff diorang ni, tu pasal cepat je servis.

Servis cepat

Baru je order tak sampai 5 minit makanan pun sampai ;). Inilah menu yang saya suka sangat tu. Teh tarik, roti canai kosong kuah kambing, nasi lemak sotong dan soto ayam. Terbaik beb!!

Diorang memang dah ready je makanan ni. Semua pun fresh from kitchen. Dan yang menariknya diorang akan buat announcement menu mana yang dah nak habis. Contohnya.

”Nasi lemak sotong tinggal 2  ya”

”Kari kambing tinggal 4 ya”

Bagus jugak marketing camni, orang pun laju-laju order risau nak habis. Itu biasanya dia announce dalam kul 10 lebih camtulah. Kalau datang awal takde hal. Semua makanan banyak lagi.

BACA [Kedai Nasi Kerabu dan Nasi Berlauk Kak Sue – Batu 12, Cheras]

roti canai d'bukit
roti canai sedap
sarapan pagi nasi lemak di roti canai d' bukit
Sedapnya nasi lemak sotong ni
kari kambing di roti canai d' bukit
Kambing weii sedapp!

Sedap dan murah

Emm waktu ni saya dating berdua dengan husband. Gambar tuan blog tiada sebab tuan blog makin hari makin tembam so tak muat nak masuk dalam ni hahahah. Takpelah saya tak penting, yang penting rupa makanan dan rasanya tu ;).

Makan berdua je tapi makanan tu macam untuk 3 orang makan. Eh tapi betullah kata pregnant kan? Hahaha. Dan jangan pelik sebab memang habis je semua tu, licin pinggan.

Sebab lepak kat sini pun lama gak, so sempatlah nak tunggu nasi lemak hadam dan bolehla masuk roti canai pulak.

(null)

soto di roti canai d' bukit bangi
soto pun ada, hmm best

Kalau datang sini orangnya memang penuh sokmo, tapi yang best servis diorang tip top. Yang ambil order orang lain, yang kira orang lain dan yang kemas meja pun orang lain.

Maksudnya pekerja kat sini ada tugas memasing bagi memastikan kelancaran para pelanggan yang hendak makan di sini. Hebat!!! Dan harga juga adalah berpatutan, dan jumlah bil kami pagi itu ialah RM17.50 dan burrpppp Alhamdulillah memang terbahekkk sangat ;).

Begitu kipas mati entri ni kat kedai ni. Kalau korang tak singgah jugak tak tahulah nak cakap. Oklah adios.

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

7 thoughts on “Roti Canai D’ Bukit, Bangi. Kari kambing dia best!!

  1. nak juga….heee.alah aju tembam pun cute apa ekekek…

    suka layan roti canai sesekali ya dak…

    tahniah atas kehamilan tu heeee…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: