Alhamdulillah 14 Februari 2015 genaplah usianya 5 tahun. Syukur dikurniakan waris lelaki dalam keluarga ini. Teman abahnya main bola, nonton bola, tidur je dengan ibu lagi dan pastinya bawah ketiak ibu hokey!!! ;). Dilahirkan normal ya dan bukan sesaja pilih tarikh ni untuk bersalin, jangkanya lahir pada 22/2/2010 tapi saya ni memang jenis spesis bersalin awal, jadi 14/2/10 tu jugak tak sabor-sabor Adam nak keluar nak tengok insan-insan bersuara merdu disekelilingnya waktu dia masih dalam perut ibu.
Lahir dengan berat 3.58kg, mak aihh rasa paling susah nak teran berbanding kakak-kakaknya 3.02kg dan 3.20kg, hmmm tak tahulah pulak adik ni nanti berapa kg, janji sihat-sihat aje hendaknya. Tapi Adam paling singkat rasa sakitnya berbanding yang lain. 3 jam macam tu kot rasa sakit kuat dan jam 11:30 pagi lahirlah budak comel ini. 3 kali teran, Alhamdulillah mampu tersenyum bila tengok baby yang suami idamkan sangat tu lahir ;).
Masa Adam kecik ramai yang puji, baiknya Adam tak lasak pun. Mungkin kakak-kakak kat atas dia tu yang baik tu kata mereka. Hmmm nah, masuk umur 2 tahun lebih, hmmm baru nampak perangai sebenarnya. Lasakkk kata ko!!! Hmm namapun lelaki kalau tak lasak dan buas tu tak sahlah kan. Sangat aktif dan suka sangat menyakat kakak-kakaknya. Comel bangat!! Tapi ada masa kene cubit juga ;).
Apapun ibu doakan semoga Adam membesar sihat bagai johan dan menjadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat. Tak sabar katanya nak tunggu baby keluar dan nak namakan baby tu dengan nama OBOI. Kalau baby gurl macamana? Senyum aje si Adam ni :). Lama betul peram entri ni, maklumlah ibu kamu sangat alergi dengan blog walaupun banyak benda dalam fikiran ni nak dikongsi bersama.
happy belated busday adam..smoga jd ank yg soleh
Anak lelaki memang camtu la aju. Wah adam dah besar. X lama lagi dah nak masuk sekolah. Lepas sorang sorang kan yg sekolah.
Hepi besday adam. Moga jadi anak yg soleh. Adam hepi tak kat school baru tu
Mak aiii..boleh tahan timbangannya masa lahir..haha..semoga terus besar ceria sentiasa dan menjadi anak yang soleh..Boleh dam?hehe
selamat hari lahir adam, walaupun dah terlambat ucapan ni..semoga membesar menjadi anak yang soleh..