Berbelanja @ Jualan Gudang Pureen 2015

Berbelanja @ Jualan Gudang Pureen 2015 | Sempena nak menyambut kehadiran ahli keluarga baru keluarga kami, saya serba sedikit mula membuat persiapan untuknya. Usia kandungan saya baru mencecah 18 minggu 3 hari, masih awal kan? Dan saya pun masih tidak mengetahui jantina bayi.

Tapi saya memang nak buat persiapan awal. Tak nak terkejar-kejar bila perut dah besar nanti. Lagipun sekarang ni mudah rasa letih, semput dan pening kalau berdiri lama.

Sebelum kandungan lebih sarat, baiklah persiapannya disediakan kan. Takpelah sikit-sikit berbelanja, barulah tak terasa duit tu mengalir macam air je kekdahnya ;).

berbelanja di jualan gudang pureen
Bila dah lama tak ada baby, dia punya excited menyopping bukan main ya haha

Memang tiada gambar yang diambil semasa di gudang Pureen, takde mood nak amik-amik gambar semasa bersesak-sesakan. Yang pasti harganya memanglah murah dari harga pasaran. Pertama sekali saya terus menuju ke tempat pakaian bayi.

Ada baju dan seluar yang berharga sehelai RM2, tapi semestinya sudah licin disapu. Semalam pun saya sampai jam 3 petang, pastinya hari Sabtu kelmarin dah ramai yang berduyun-duyun berebutkannya ;).

Takpela saya beli 6 pasang baju berharga RM10 sepasang, baju Adam 2 helai, tuala mandi, dan kemudian beralih ke stesen lain pula iaitu toiletries.

persiapan checklist barang baby

jualan gudang pureen

Biasalah beli mandian, bedak, lampin, botol kecil, breast pad, pad, hmmm giler tengok semua benda. Tapi ada certain barang yang berharga mahal sedikit dari harga pesaing, yang pasti kene belek satu-satu dan saya hanya beli kalau dah betul-betul pasti nak guna sahaja.

Contoh macam bedak, bedak Najwa masa baby dulu pun ada lagi ko!! Ha 10 tahun pakai bedak tak habis-habis, adiknya pun boleh pakai lagi hahahah. Mandi bedakk!!!!

jualan gudang pureen

baju budak murah jenama pureen

 

Contoh baju dekat gambar atas ni. Ni semua RM10 sepasang. Ada lengan pendek, lengan panjang dipasangkan dengan seluar panjang. Yang tu untuk dipakai waktu malam.

BACA  Permohonan Pertukaran MRSM 2012

Yang lubang-lubang tu pulak untuk baju siang. Barulah tak panas dan selesa sikit nak bedung baby ni.

Saya pilih baju warna unisex, yang boleh dipakai baik baby girl or boy. Warna selamat kata ko!! Lega maknya dapat juga baju lubang-lubang tu hehehe. Bila dah ready barang ni, tak sabar pulak nak tunggu bersalinnya.

Moga dipermudahkan segalanya, ibu doakan baby sihat-sihat sahaja, sempurna fizikal dan dilahirkan sempurna semuanya. 23hb ni next appointment untuk scan details, pertama kali sebab sebelum ni tak pernah pula check up dan doctor suggest untuk scan details tu.

See u baby, mana tahu boleh tengok jantinanya kan? Emmm tak sabar ;).

Jumlah berbelanja @ jualan gudang pureen kali ini RM267.

5 thoughts on “Berbelanja @ Jualan Gudang Pureen 2015”

  1. wah mak buyong dah semangat beli barang haaaa..ewah makain comel sis aju ku rasakan kini..

    suka baju lobang2 masuk angin katanya…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: