Biasalah kalau time mengandung, bila orang sebut pasal makanan, mesti tak sah kalau tak pi cari. Katanya kalau tak dapat nanti airliur baby meleleh-leleh. Tapi nampak gayanya airliur maknya yang tak renti-renti meleleh ni hahahah. Lelemak kat badan ni macam dah dipam-pam, orang tu kata lagi, takpe waktu mengandung nilah lesen nak makan apa saje, tak payah diet katanya.
Ha ko, betul-betul punya tak payah dietlah kan, sampaikan malu nak letak gambar tuan punya belog ni huwa huwaaa. Takpelah pas bersalin kita dietlah semula kan, kalau tak kurus jugak mau pitam juga wuuuu sedey!!
Macamana leh teringin nak makan nasi buluh? Sebab tengok newsfeed diorang kat FB, biasalah suka upload gambor makanan kat FB kan, dahla kita yang mengandung ni menelan ailio menengoknya. Takkan tengok je kan? Hmmm kenelah rasa jugak. Jadi terus suarakan hasrat hati pada suami.
Jadi Sabtu lepas, suami saya cuti, jadi bila dah cuti, mestilah nak kene berjalan kan, jadinya time tulah kami pergi ke Kedai Nasi Buluh, Sungai Klah, Sungai Perak. Bila nak tau nak gi Sungkai ni, terus tido awal Jumaat malam tu, lagipun suami saya keluar minum dengan kengkawan dia, jadi saya takde kawan borak, haruslah tido awal sebab nak dapatkan tenaga nak makan banyak besok, giler kan statement hahaha.

Nasi Bamboo Sungai Klah

Kedainya bertentangan dgn ladang sawit
Pagi-pagi lagi kami anak-beranak dah bersiap, kul 8:30pagi dah bertolak dari rumah. Jalan clear, tapi bila nak sampai area exit Sungkai, jalan dah mula jem. Syukurlah destinasi kami dekat aje dari exit Sungkai tu. Lepas tol terus belok kiri dan dalam 10 minit dah sampai kedai Nasi Bamboo ni. Hmm kul 10 pagi kami sampai, memang kedai lengang lagi hehehe. Rupanya kedai ni buka jam 10.30 pagi. Syukurlah nak kene tunggu 30 minit je tapi tu pun rasa nak pitam dah hahaha.
Depan kedai ni ladang sawit, giler sejuk duk sini, view kampung sangat. Syok sangat menikmati pemandangan macam ni, kat KL mana ada cenggini kan, tapi kalau korang datang rumah saya, mesti terkujat sebab pihak Majlis tanam pokok sawit ni depan rumah kitaorang, heheheh kelako rasa.

Kat sini tempat ambil lauk

Tu kaunter nasi, Tq suami
Bila tengok tuan kedai dah mula letak lauk dan tong air pun dah sedia, kami pun serbu!!! Lapar kot sebab sarapan pun kuih pau je, nanti makan berat-berat dah tak lalu plak nak makan nasi buluh ni. Bab order lauk macam biasa suami saya uruskan, untuk pengetahuan korang yang tak pernah datang ke sini, lauk dan nasi diletak di stesen berlainan tapi berdekatan je. Lepas ambil lauk dan nasi terus bayar ok, pastu blehla melantak terus. Dan konsep kat sini adalah sila layan diri ok.
Tengoklah Najiha tu, pengekor setia abahnya, manja betul dengan abah. Dah besar pun tetap mintak abahnya dukung, mau patah pinggang laki aii tu. Nak buat macamanakalau tak ikutkan, meraung bergegar satu taman, hmmm anak no 2 memang cenggitu kan, psiko lebih hehehe.

Ikan talapia goreng

Ikan sembilang masak asam pedas

Ayam percik

Ambil nasi memang dapat set ni sekali
Suami kata lauk tu semua dalam RM34++ dan nasi pula RM2.50 seketul. Alhamdulillah makan sekeluarga tak sampai RM50 pun, dan duit minyak pulak lagi lebih dari tu hehehe. TQ bang sebab sudi melayan kehendak saya, dan bukan saya pun yang nak datang sini, tetiba suami yang ajak. Ya ampun memang sedap sangat makan kat sini, terpercik-percik ailio sambil bercerita, ishh kotor kan hehehehe.
Syukurlah dapat suami yang sangat memahami. Oklah untuk korang pula, kalau nak datang sini silalah waze aje ye, taip aje Nasi Bamboo, memang ada je dalam waze tu. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 017-516 7592, ok babaiiii

wahhh clearnya jalan nak balik KL
harga amat berbaloi tu..boleh la pergi kalau ada kesempatan..
Wahhh semuanya nampak sedap…terus lapar tgok makanan dekat sini…wajib cuba
memang sedap makan time mengandung…memang sampai berselindung, tak upload2 gambo sebab lebar sangat huu…