Langsai hutang PTPTN, lega kami bebas hutang | Alhamdulillah
Ya Allah, syukur saya dan suami sudah melangsaikan hutang PTPTN kami. PTPTN adalah salah satu dari hutang yang ada, yang lain tu masih ada lagi huhu.
Tapi at least, melegakan saya sebab bolehla bajet bulanan untuk bayar PTPTN tu, digunakan untuk bayaran mengasuh baby pula nanti. amboih jauh benor perancangan kewangan tu kan ;).

Diskaun berakhir 31 Mac 2015
Diskaun berganda
Sebenarnya saya duk kejar diskaun 20% tu jika hutang diselesaikan sebelum 31/3/2015. Dan tambahan 10% diskaun jika korang bayar prompt every month.
Tapi disebabkan ada satu bulan tu saya miss, dan walaupun bayar double untuk next month tu. masih tak dikira ya. Korang kene bayar secara konsisten gitu, emmm kalau tak dapatlah diskaun 30%.
Takpelah, itulah dulu suruh apply biasiswa JPA, sombong sangat. kalau tak dah senang lenang dah, sekarang rasakanlah huhu.

Syukur tak ramai sangat orang

Amboih posing ke adam? 🙂
Cara saya langsaikan PTPTN
Saya langsaikan PTPTN ni dari simpanan dividen ASB. Sebab nak guna akaun 2 KWSP memang TAK LAYAK. Diorang letak syarat, pelajar yang tandatangani perjanjian PTPTN selepas tahun 2001. Baru layak nak guna akaun 2 KWSP tu.
Chaittt!!! Yang frustnya saya signed aggreement PTPTN tahun 2000, memang nak marahlah kan, kenapalah duit kita nak ditahan-tahan. Korang bleh baca syarat diorang yang saya ambil dari laman web PTPTN.
Apakah syarat untuk membuat bayaran balik melalui pengeluaran KWSP?
Jawapan :
Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pembiayaan pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:
- Permohonan pengeluaran oleh Ahli sendiri:
- Bagi pengajian Ijazah dan Diploma, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari 2 Januari 2001 ke atas.
- Permohonan pengeluaran oleh Ibu/ Bapa penerima biaya:
- Bagi Ijazah, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari April 2000 ke atas.
- Bagi Diploma, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari 17 Januari 2006 ke atas.
Mudah saja prosedur langsai hutang PTPTN.
Mula-mula kene isi borang pengesahan baki hutang. Macam saya ni, saya call diorang sebelum ke kaunter dan tanya apa prosedurnya.
Saya tak suka nanti terus pergi kaunter, tapi kene balik rumah pulak sebab ada dokumen yang tak lengkap dan sebagainya. Dahla susah nak ambil cuti kan, alang-alang dah cuti ni setttlekan semuanya serentak.
Borang yang perlu diisi
Bila dah isi borang PERMOHONAN BAKI PINJAMAN INDIVIDU saya emelkan pada diorang dan diorang semak borang tu dan dalam masa 2 hari diorang akan emelkan PENYATA PENGESAHAN BAKI PINJAMAN PTPTN. Lepas tu print penyata ni dan bawa ke kaunter PTPTN.
Katanya nak bayar online pun boleh tapi saya terus pergi kaunter setelah diorang terangkan prosedur dan dapatkan penerangan terus menerus. Korang nak bayar kat kaunter tu guna tunai voley, cheq pun voley ok!! Pergi ke cawangan PTPTN terdekat dan silalah ambil nombor untuk jumpa pegawai kaunter ya.

Setia menunggu

Bila nak panggil nombor ni
Langsai hutang PTPTN, lega
Tapi yang segannya masa pergi tu, saya tengok kebanyakan yang pergi semuanya anak muda mudi. mungkin baru nak apply loan. Janji kami langsai hutang PTPTN, lega weii!
Hmmm korang tengoklah, ktorang dah beranak 3 dan nak masuk 4 orang pun, barulah dapat nak settle loan. Pastu belajarlah pepandai dapat 1st class dan barulah waive hutang korang heheheh.

Kami bebas hutang PTPTN hehehehe
Jadi kepada peminjam semua, lunaskanlah pinjaman anda ya, bayor jangan tak bayor 😉
Alhamdulillah…lega rasana bila hutang dah berkurangan kan? 🙂
senangla pasni hutang pun dah tinggal sikit lagi best bila dah habis bayar hutang. hehe
hutang sette memang hati akan jadi senang..
Alhamdulillah…lega hutang dah langsai kan.
hoyeh bebas hutang untung asa pengurangan kat situ yer dak..
makna sis klr duit asb dividenlah byk tu heee..
Salam Hormat.
Tahniah sis kerana bebas daripada hutang PTPTN. ahaks 😉
Bebas hutang, hidup tenang. Alhamdulillah dulu masa belajar dapar rezeki biasiswa
Alhamdulillah. Syukur.
Comel anak² nya 🙂
aida da pun langsaikan 2013 ari tu.
20% jugak dpt diskaun…
alhamdulillah leganya…hutang ni tambat leher tau, dah habis rase macam baru setel paper akhir spm hihi…
respek dengan orang yang dah setel PTPTN ni. Tak suka-tak suka pun kita yang sign apply dulu kan, tetap kena langsai.
http://supplemensemulajadi.com/senaman-power-untuk-kecilkan-pehano-gym-no-equipment/
Senaman Power Untuk Kecilakn Bahagian Peha
alhamdulillah dah selesai akhirnya.
Baru jek saya tgk balik rekod. masih tinggal 2k. setelah 6 tahun membayar. Good luck me!!