Memang sengaja ambil cuti 2 hari untuk teman anak-anak masa cuti sekolah yang lepas. Kasihan pulak sebab memikir kita ni sibuk ngan kerja, waktu sekolah memanglah takde masa nak luangkan waktu bersama.
jadi ambillah peluang yang ada ni untuk sama-sama melakukan aktiviti riadah yang berfaedah kan Jemah?? Suami macam biasa kerja, tapi kebetulan dapat pula balik awal, hmm terus ajak kitaorang gi layan bot itik Tasik Riadah kat Shah Alam tu naik itik tu.

Kayuh kuat2 tau

Hi itik!!!
Hmm aju larat tak? Huisshhh walaupun mengandung tapi saya larat!!!! Giler ko tak larat, kang dia ajak orang lain sentap pulak!!! Hehehe saya bab berjalan memang suka sangat!!! Tapi dengan syarat bukan saya yang kayuh itik tu. Yeay!!
Nampaknya Najwa memang sukarela nak bantu kayuh bot. Takkan nak suruh ibu dia kan, terberanak plak kat situ nanti. Suami saya memang dah ajar anak-anak ni sukakan aktiviti berbasikal dan larian.

Suka tengok diorang berdua ni

My hero kecik
Sebab tu beli rumah depan taman permainan dan ada track larian. Syukurlah saya mengandung, kalau tak dengan saya-saya sekali dia suruh jogging. Saya dah biasa dengan habit suami ni, seronok juga dapat keluarkan peluh kan. Badan pun sihat.
Bot itik ni disewa satu jam dengan bayaran RM40 dan memasing pakai safety jacket. Mahal juga ya, setakat pusing-pusing kat tasik tu je, kayuh pun bukan pergi jauh pun. Rasa kayuh macam nak mampuih tapi balik-balik kat situ juga.
Memercik peluh memasing, hahahah kelakar rasa. Takpelah nama pun nak beriadah kan, kita wat lek wat peace je ;). Bot itik ni ada 4 seat, Najwa dan abah kat depan, saya dan Najiha kat belakang, dan Adam duk kat tengkuk itik tu kekekek, ngam-ngam 5 orang, nanti kalau dah berenam kene pilih bot besar sikit ngeee.

Ibu dan anak

Captain boat ๐

Menikmati panorama petang

Hahah nampak flawless giler muka aiii
Hmmm bestnya kene angin petang sepoi-sepoi, sambil makan keropok dan minum air. Wahh bahagia!! Suami saya yang bekerja keras menganyuh, Najwa keletihan, hmm budak tu suh buat kerja sikit pun penat, hmmm sebijik ikut perangai ibu dia hehehe.
Pandai berlakon sangat (tangan kat dada). Saya ni duk fikir selagi boleh bersiar-siar ni, saya ikutkan aje selagi termampu. Nanti dah masuk fasa berpantang, hmmm terperuk aje kat rumah ;). Lagi satu kan, masa zip jaket tu, sib bek perut saya muat lagi ngan jaket tu hahahah, kalau tak semput ko tahan napas kekeke.
Oklah best sangat aktiviti layan bot itik tasik shah alam ini. Memang menyihatkan dan balik rumah semua bersiap mandi solat dan terbongkang depan TV sambil tengok drama melayu ;). Hmmm syiok!!!
umak aih… tengah2 musim panas terik kering macam ni sanggup nak jenjalan kat tengah tasik…
lama dah aida x gi tasik shah alam.
pasti da lebih cantik skang kan?
saye xde experience kayuh bende2 ni tapi experience tengok orang kayuh pun dah tau mmg penat sangat2…
memang seronok layan aktiviti begini bersama keluarga