Alhamdulillah saje je suka-suka nak join mini giveaway di blog IhaveaSweetSmile yang semakin meriah dengan income di blognya. Tahniah ina, wah best dapat beriklan dengan Innity ya, bukan calang-calang blog yang diterima untuk beriklan dengan diorang tu kan. Nampaknya usaha bertahun Ina dalam dunia blogging ni membuahkan hasilnya.
Ok berbalik kepada Giveaway tadi, saya sesaje nak join GA ni, mana tahu ada rezeki kan. Lagi satu hadiah dia tu memang best iaitu Chewable Vita-C Plus Shaklee, woowowowww!!!! . Nak beli memang entah bilalah kan, jadinya cuba je nasib join GA, kalau menang seronok!!! Ok apakah kebaikan vitamin ni? Jom Baca
- Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
- Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
- Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
- Meningkatkan sistem imun tubuh
- Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
- Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa
- Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
- Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee, jadi ia mudah untuk di makan atau ditelan
- 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 10 mg
- Manfaat Vitamin C sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda
- Rasa Chewable Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C Shaklee
- Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin
- Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam)
- Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas juga
Berapa harga dia? Entahlah korang google lah sendiri ye, sebab saya dapat FREE jer, (tangan kat dada, mata ke atas) hahahhaha, jangan jeles.
Tak sangka rupanya memang rezeki kita, sebab bila tengok keputusan GA tu nama blog kita naik yeay!!! Rasa nak lompat bintang, tapi syukurlah kita teringat yang kita mengandung, jadi kita tepuk tangan reramai je ;). Ok tenkiu Ina, seronoknya ;).
untungnya kalau dapat GA..jimat belanja tu..
tahniah 🙂
bestnye chewable vita c ni, orang mengandung mmg sedap mkn ni masam2…