Projek menanam rumput karpet
Ha dah 2 bulan pindah rumah, ini adalah gambar pertama yang saya share ngan korang. Bukan nak menunjuk, jauh sekali nak membangga diri. Hanya nak kongsi perkembangan deko-deko yang dibuat oleh suami tercinta iaitu projek menanam rumput karpet.
Takdelah nak deko mana sangat pun, teringin nak berkongsi tanaman-tanaman di sekitar rumah yang akan ditanam sedikit demi sedikit. Saya yakin semua mak-mak pun cenggitu kan, nak tanam pokok kari, kunyit, serai, pandan, senang nak masak kan.
Kalau nak pakai petik aje kat tepi rumah tu. Bukan apa, kalau nak beli pun pakainya sikit aje, selebihnya tu mengering kejung dalam peti ais tu ;). Hmmm angan-angan memang best-best!!!
Beli rumput di Nurseri Sungai Buloh
Memang dah lama memasang niat nak buat projek menanam rumput karpet ni. Dan setelah beberapa kali survey kat mana ada jual rumput dengan harga berpatutan, barulah suami saya buat keputusan beliau. Sebab beli pun dengan duit beliau, jadi biar beliau sahaja yang fikirkannya heheh.
Harga rumput karpet
Beli 300 keping dengan harga RM1.50 sekeping dan berukuran 1×2 kaki. Rumput Filipin ni suami beli di nurseri berdekatan Hospital Sungai Buloh, sebab sebelum tu dah survey kat nurseri berderet sepanjang jalan Sungai Buloh, tapi harganya mahal sekali ganda dari harga yang dibelinya tu. Rumput karpet ni memang senang nak hidup dan cepat aje membiaknya.
Teringat masa kat rumah mak saya dulu tanam pokok nilah. Amboi gebu gebas ko. Tak payah nak siram sangat pun lepas subur tu. Elok menghijau je, tapi kene rajin sebab nanti akan ada rumput liar tumbuh kat rumput tu, jadi kena rajin mencabut pulak kekdahnya nanti. Sapa nak buat tu? heheheh nantilah fikir.
Emm gigihnya anak bujang saya ni kan ;). Adam rajin sangat, membantu abahnya menanam rumput sedikit demi sedikit. Sikap rajin tu terpuji sangat dah, bab baju kotor tu, ha tang tu memang ibu dia rasa nak marah sangat. Tapi takpelah kali ni ibu maafkan sebab Adam tolong abah sehingga siap tanam rumput tu semua.
Em barulah menghijau suasana laman tu, kalau sebelum ni berpasir dengan warna kusamnya tu. So seronoklah sikit nak lepak-lepak ambil angin kat luar rumah ni.
Hmmm baby pun nak tolong gak ke? Takpe kita tolong tengok aje ya, lepas abah dah siap tanam kita pun tolong siram semua rumput tu, moga membesar dengan sihat dan kuat ya ;).
Best nya dok landed house. Bila lah giliran kita nak dapat rumah mcm ni.
wah bestkan rumah baru. takpe deko slow2 sampai jadi rumah idaman hati.
fuhh..memang rajin betul si anak tu ye.
rajinnye anak deme tolong…alhamdulillah, bestnye masuk rumah baru
seronok nyer!
aida tgh tunggu umah dpt kunci.
cf lom dpt. da lambat 3 bulan dah…
aida plan pun tanam rumput karpet.
tapi tanah aida kecik aje. 14 kaki.
tu pun depan aje. belakang simen tambah dapur.
Best lah ni..
terima kasih informasinya