Yeay, kandungan 4 bulan sudah

Alhamdulillah

Kandungan saya sudah mencecah 4 bulan, wahhh terasa masuk fasa yang baru sebab segala mak nenek mabuk sudah hilang sedikit demi sedikit. Tak laratlah mabuk ni, walaupun mabuk saya ni level 2 je, tak macam sesetengah ibu mengandung yang sampai mabuk dan terbaring tak boleh buat satu kerja pun. Mabuk yang sikit ni pun dah buatkan saya serba tak kena. Maklumlah sebelum ni mengandung mana pernah mabuk, paling tidak pun asyik nak tidur aje, makan minum dan buat kerja semua cargas aje.

Masuk bulan ke 4, saya kurang mual, kurang rasa nak muntah angin, tak muntah bila masuk bilik air, tak muntak bila gosok gigi, tak pening bila bau nasi ayam, sate, dan segala bagai tu. Yeayyyyy!!! Saya rasa seronok!! Barulah best nak buat kerja, saya paling suka lipat kain, tapi kan pastu kain dah lipat tu duk bertindan kat dalam bakul. Duk harap ada insan yang sudi bawak naik ke tingkat atas dan simpan dalam lemari, hahaha angan-angan ajo heheheh.

Itulah dilema rumah 2 tingkat, barang kat bawah malas nak bawa naik atas. Macam anak-anak saya ni, buku sekolah semua dalam bilik diorang. Bila balik sekolah saya khaskan tempat untuk diorang campak beg dalam kotak plastik tu. Nanti nak susun jadual korang berduyun-duyunlah naik ke atas ambil dan simpan buku teks dan buku tulis. Senaman sikit kan, walaupun ibu tau perasan malas korang tahap gaban, tapi dari kene bebel baiklah korang ikut cakap ibu. Alhamdulillah dah boleh dengar cakap, dah tak takut naik bilik diorang sensorang. Tak payah teman pun takpe. Bagus-bagus, ibu suka dan puji semangat korang.

BACA  Keriuhan anak empat
Rojak buah
Pecal
Nyum Nyum

Saya paling suka makan pecal, burger, dan mashroom soup. Emphhh tak lupa juga spagetthi, anggur hijau, dan buah delima. Pendek kata buah-buahan saya suka sangat. Dalam peti tu, suami saya akan pastikan bekalan sentiasa ada. Hmm mekasih suami, sweet sangat bang, (mata ke atas hehehe).

Sekarang saya obses mengemas rumah, obses sangatlah hahaha. Saya suka menyapu, mengemop sume, dan korang rasa apa agaknya jantina anak saya ni ya? Pada saya tak kisah boy or girl janji sihat sempurna hendaknya ameen. Saya pun sedang buat senarai semak untuk bersalin, pantang dan persediaan menyambut orang baru. Semoga dipermudahkan hendaknya, Insha Allah.

6 thoughts on “Yeay, kandungan 4 bulan sudah”

  1. Assalamualaikum kak aju, alhamdullilah. bestnya. semoga sihat2 selalu kak.. pandai anak2 bawa diri dan bantu ibu..

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: