December 3, 2020

Air Terjun Kemensah, Ulu Klang, KL

air terjun kemensah
tenang je

Pernah dengar air terjun Kemensah? Memula ingatkan kat area luar Lembah Klang, rupanya dalam bandar aje lokasinya. Jalan nak masuk tempat ni adalah berdekatan dengan Zoo Negara Ulu Kelang tu je.

Saya memang dah lama nak buat gathering family saya, kebetulan cuti sekolah bulan 3 yang lepas kitorang adik beradik plan baaikkk punya!!! Kitaorang pilih lokasi yang dekat dengan rumah dan mudah untuk ke sana. Malas nak pergi tempat yang jauh sebab habis masa dalam perjalanan je nanti, lainlah kalau ada perancangan untuk bermalam, ha itu takpelah nak pergi jauh mana pun.

Ketua chef kekdahnya hahha

Saya, adik dan kakak dah set memasing nak bawak menu apa. Saya sebagai orang yang mengandung dan masakan tak berapa sedap, jadi bawak aje makanan yang mudah iaitu daging kambing dan ayam yang sudah siap diletakkan bahan-bahan perap. Bukan saya yang perap, tapi Giant Batu Caves yang buat semua tu. Saya tinggal pilih dan angkut je hehehe.

Inilah yang saya perap tu kekeke
Dah kumpul jadi banyak menunya

Adik saya pula rajin memasak dan masakan dia pun sedap, jadi dia bawa ayam masak asam pedas dan gulai kari ikan. Ya ampun memang terbaik masakan dia ni. Anak-anak dan suaminya memang jenis suka makan di rumah dan itu yang membuatkan adik saya ni suka nak belajar dan memasak resepi baru. Dah tu menjadik sokmo plak tu.

berkelah di air terjun kemensah
Nyum nyum nyummyyy

Kakak saya pula bawa nasi putih, nasi goreng, ikan masin, pencuci mulut dan memacam lagilah. Pendek kata memang puas aktiviti kami waktu tu. Berbaloi dengan sewa yang dikenakan iaitu RM450 dari jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Kiranya korang sewa kawasan tu dan tiada orang lain yang dibenarkan masuk sekali. Jadi amatlah privacy dan takdelah segan sangat nak mandi berenang kuak lentang dan terjun tiruk kekeke.

My mak kesayangan, yg tepi ni adikku

Inilah cinta hati saya dunia akhirat, mak saya yang sangat baik dan rajin masak. Masa kitaorang kekecik, puaslah makan hasil tangan mak. Jiran-jiran pun tahu mak rajin giler masak kuih dan hari-hari saya adik beradik sentiasa kenyang dengan kuih tradisional dan moden mak.

Tapi sayangnya hanya kakak dan adik saya je yang mewarisi kerajinan mak ni. Saya takdelah rajin sangat, saya bantu diorang makan je kalau diorang masak-masak hehehe.

berkelah di air terjun kemensah
Dah berendam ingat sennag naik balik?
Mandi puas puas ya

Bebudak ni kalau korang nak tahu, berendam dari pukul 10 pagi sampailah 5.30 petang. Serius memang diorang takdelah nak naik ke darat nak makan ke apa. Makanan pun siap hulur lagi dari tebing ni. Punyalah taknak tinggal pelampung bagai tu. Hmm seronok sangat korang sepupu sepapat bermandi ria kan.

Tu kakak dan adik saya, diorang tengah tunggu turn mandi

Kalau tengok memang banyak bangsal yang ada kat sini. Kalau korang bawak sedara mara pun ok, masih ada tempat lagi untuk lepak-lepak dan mandi manda. Saya ni 5 beradik je dengan keluarga memasing je. Ini pun dah meriah sangat ;). Cuma arwah ayah je yang takde, kalau tak laaagi meriah :(.

air terjun kemensah
Wah tunggu turn slide pulak
air terjun kemensah kuala lumpur
Hehehe suami saya tu dah macam menari zapin pun ada

Memang kami sekeluarga puashati sangat dengan tempat ni dan sangat dialu-alukan kalau korang nak ke sini. Kalau korang nampak ada pondok kat atas tu kan, itulah tempat nak solat. Bilik air dan bilik tukar pakaian pun ada disediakan untuk kemudahan korang.

Saya ada deal dengan seorang pakcik tu yang punya tempat ni. So kalau korang tetiba teringin nak berkelah dan beriadah tepi sungai ni, korang bolehla hubungi pakcik tu ya. Ok korang bolehla call no ni ya Atok 019-2485907.

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

12 thoughts on “Air Terjun Kemensah, Ulu Klang, KL

  1. dekat dengan rumah kakak saya ni..tapi xpernah pergi..pernah tinjau sekali je..dengarnye dah upgrade dan cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: