
Bungkusan dah tiba
Bedung dan tungku baby online | Sekarang ni semuanya mudah di hujung jari. Bab mencari keperluan baby dan ibu semuanya dibeli dengan online. Janji duitnya hadoo kan. Sebab tu suka beli sikit demi sedikit. Baru tak terasa duitnya keluar mengalir bak air sungai. Kali ini nak cerita tentang bedung dan tungku baby. Ini adalah pertama kali aii beli tungku baby tau. Dulu masa Adam buat sendiri je bunjut untuk tuam perut dan anu baby. Saya just letak lada hitam dan bungkus dengan kain.

3 bedung dan 1 tungku
Kemudian panaskan sedikit pada lilin dan tuam pada tempat yang ingin dituam. Alhamdulillah tiada kembung dan angin pasang. Sebab pertama kali jaga bayi lelaki kan, jadi perhatian tu lebih sedikit sebab risaukan orang tua kata anak lelaki ni mudah terkena angin pasang.
Teringin juga nak beli tungku sebab nak mencuba benda yang baru, maklumlah dah 5 tahun tak mengandung ni macam-macam pulak benda baru yang dijual kan ;). Ok, saya nak cerita tentang bedung dan tungku yang dibeli online ni. Saya beli dari may ex-class mate masa kat UKM dulu. Seronok tengok kawan saya ni berniaga. Menjual Shaklee dan barangan jahitan. Kalau korang nak beli boleh terjah FB beliau ya di SeriJahitan. Harganya sangat berpatutan dan pada saya memang murah jika nak bandingkan dengan harga di tempat lain.

Ok settle bab ni
Contohnya bedung tu, ukurannya ialah 35” x 35” (besar sikit dari ukuran lampian bayi) dan harganya sehelai adalah RM8.00. Manakala tungku tu pulak berharga RM5.00 sahaja, dan mengandungi campuran herba yang dibuat dan diadun sendiri oleh kawan saya ni. Material kain adalah menggunakan kain cotton flannel yang sangat lembut dan selesa.
Murah kan? Saya pun dah survey beberapa tempat dan memang kat SeriJahitan ni menawarkan harga yang berbaloi. Ok kalau korang nak terjah dan cuci mata, mohla ke FB beliau ya. Ok bye Salam Jumaat semua…
COMELnya bedung dia hee..bedung beli saiz yang berbeza ke?
Saya bertuah kerana adik ipar dan ibu saya akan tolong jahitkan bedung bayi. 🙂
kalau ada pengalaman yang lepas-lepas memang mudah sedikit untuk menghadapi kali ini..semoga semuanya selamat..amin
Bedung aku jahit sendiri dr anak 1st lagi…tp sejak segalany di hujunf jari..yg takde dlm listing pun tetiba ada kat rumah.
Tuuu dia..menda wajib gak ni kan..hehe