Check up mengandung 23 minggu di klinik Dr Arisah Shah Alam

Sabtu lepas adalah check up mengandung 23 minggu. Sangat excited sebab kalau check up kat klinik Dr Arisah ni memang akan scan 2D, even kita tak mintak pun doktor akan ajak terus gi scan yeay. Nak intai apa baby tengah buat tu heheheh. Saya selesa ke klinik ni sebab staf dan doktornya sangat friendly.

Kalau dulu saya selalu ke Gombak Medical Centre, sekarang setelah berpindah ke Subang Bestari, inilah klinik feveret kami sekeluarga sebab ada panel PM Care jugak ;). Owh ya, PM Care tak cover untuk pregnancy check up ya, syukurlah company cover, jadi setiap bulan saya akan claim dengan company sahaja.

Suasana dalam klinik

Jadi hari tu doktor ambil darah saya untuk lihat tahap HB saya. Aduii sakitnya kene cucuk jarum, dah lama tak kene cucuk kan, dan untuk pengetahuan injection kancing gigi sudah dibuat sewaktu saya mengandung 3 bulan lebih.

Rumusan check up mengandung 23 minggu

Dan berat saya adalah 70kg huhuhu, tapi bulan lepas 68.5kg so naik 1.5kg sebulan, oklah kan? Mak aihhh masa mengandungkan Adam dulu, berat 74kg masa 9 bulan okay!!!

Banyaknya kilo berat saya ni ;). Dan doktor tanya berapa berat dan tinggi saya sebelum mengandung? Dan doktor kira-kira, ok awak TAK PERLU MINUM AIR GULA, hoyey!!!

Cuma doc pesan kawal perasaan dan jaga pemakanan. Eh eh kawal perasaan tu saya saje tambah, padahal doktor suh jaga makan je ngeeee. Ok doktor, tapi dalam hati macam-macam lagi nak makan sebelum berpantang ni ;).

Ok update perkembangan baby setakat ni.

Berat baby : 662 gram
Berat Ibu : Last month 68.5kg, now 70kg ngeng ngeng
Kedudukan Uri : Ok
Urine test : Negative
Jantung baby : Baik
Baby : Masa scan siap posing, dan menguap 😉
Kedudukan baby : Songsang (wah risaunya) kata doktor takpe sebab sekarang ni masih banyak ruang untuk baby berpusing, nanti bila dah cukup masa pandailah baby betulkan kedudukannya, ameen doa ibu pun macam tulah.
Jumlah Bil : RM86 (biasa RM40-RM50) tapi kali ni buat ujian darah so harga lebih sikit.

Treatment room

Kat klinik ni pun boleh scan 4D tau, harganya RM106. Compare 5 tahun lepas harga scan 4D RM250. Tapi sekarang scan 5D pun ada kan, wahh canggih!!! Doktor kata next check up bolehla kalau awak nak buat scan 4D.

Katanya sesuai dibuat ketika kandungan berusia 26 ke 30 minggu macam tu. Baiklah doktor, syukurlah setiap kali check up company cover, bolehla buat scan 4D nanti Insha Allah ;).

ajumohit: Hi sayalah tuan blog!!

View Comments (5)

Recent Posts