Iklan Google Adsense mula muncul di blog | Sebelum ni sudah mula sok sek sok sek sana sini yang mana iklan Google Adsense sudah menyokong blog yang berbahasa melayu. Baguslah nampaknya ramai rakan blogger yang sudah diluluskan permohonan mereka.
Boleh dah nak letak iklan Google Adsense di blog dan sama-sama menjana income. Dan tidak ketinggalan saya juga mencuba untuk memohon iklan tersebut, mana tahu ada rezeki kan. Selama ni duk tengok otai-otai ramai yang membuat duit dengan iklan ini.
Pada 14 April yang lepas saya ada menghantar email pada pihak Google Adsense, dan selepas 1/2 jam, saya terus menerima emel sebegini. Tiada pula mereka mengatakan yang permohonan saya sudah diluluskan, cuma katanya saya perlu menyemak semula bahagian ‘payment’.

camni dah kira pre approve ya?
Dala hati, eh mungkin ke google adsense ni dah terima permohonan saya? Dan apa lagi teruslah saya google sana sini. Dan betullah, permohonan saya sedang dipertimbangkan dan saya perlu ‘create’ kod iklan dan meletakkannya di blog saya. Dalam masa 2 hari, memang tiada iklan yang muncul di bahagian iklan GA ni.
Yang ada hanyalah ruangan kosong sahaja. Saya baca dari blog yang lain katanya pihak Google mengambil masa untuk menyemak isi kandungan blog dan bukannya permohonan serta merta diluluskan. Dan mulai Jumaat lepas, saya mula nampak iklan mula muncul di bahagian header, ractangle dan sidebar blog ini.

Income ciput je huhu
Saya tak berapa pandai sangat dalam strategi menjana pendapatan dari iklan GA ni. Yang pastinya trafik yang tinggi yang akan menentukan pendapatan satu-satu blog tu masyuk atau tak kan? Saya banyak merujuk ke blog otai seperti kak Yanmie dan HasrulHasan yang memang dah lama dengan GA ni.
Semoga hasrat menjana pendapatan dari blog akan menjadi kenyataan ;). Setakat hari ini status Geli-geli Nuffnang masih lagi dikekalkan, mana tahu dalam minggu ni dah berubah pula kan hahaha. Takpelah berubah kepada sesuatu yang lebih menguntungkan, mungkin ;).
wah, tahniah!. banyaklah income masuk ni. hehe
tahniah sebab sudah lepas. hoho..
teringin pulak nak mohon hihihi….tapi entah layak ke tak pun tak tahu
macam best jer amboi…amboi…
Huhu..terbaiklah… semoga menjaganya dengan begitu baik sekali..hahaha
Tahniah aju. Smoga bertambah amount tu ☺
tahniah dan semoga rezeki melalui GA ini semakin kaw-kaw
Perhh masyuk ar owner blog ni.
saya punya iklan GA tak muncul2 lagi…
Wahh… Tahniah… 🙂