Jantina bayi

Sekarang ni senang kan, zaman serba canggih, dan boleh tengok rupa anak sebelum anak dilahirkan ke dunia. Maklumlah dah 5 tahun tak mengandung, macam-macam peralatan dan kemudahan yang ada untuk bayi sekarang ni. Terkini ultrasound 5D, huishhh canggih kan? Yang tu lagi clear boleh tengok rupa bentuk muka bayi, bleh tau ikut muka mak ka paknya ka.

Tapi pada saya nak tengok rupa baby tu taklah berapa penting, yang penting nak tahu jantinanya. Bukan apa senang maknya nak beli barang keperluan baby. Specially baju bajan, terus je beli warna biru untuk boy, dan pink untuk gegurl. Boy gambar kereta bagai, girl pulak bunga-bungaan. Heheheh.

Stok kelengkapan bayi
Belum lengkap sepenuhnya lagi

Aritu saya duk beli stokin dan baju romper. Tangan gatai terus sambar pattern cenggini. Dalam hati, “aku ni confident giler baby boy kan, kalau girl macamana? Takpelah pakai ajelah baby, redha jela ye hehehe. Hari-hari duk belek almari baby ni. Hmmm wanginya bau bedak dengan minyak urut ni. Hmmm baby tak sabar nak sambut kelahiran baby. Emmm rindunya bau baby.

Dah siap beli mangkuk bubur lagi ), kakak2 dioranglah suh beli ni

Baju sekadar yang ada, takmo beli banyak-banyak sebab baby kan cepat membesar. Hmmm takpelah pakai sampai sendat nanti kita beli baju baru lagi ;). Adam nak baby boy, Najwa nak baby gurl, Najiha pulak tak kesahhhh!!! Heheheh alahai bebudak ni, takpelah yang penting korang jaga baby ni nanti ya. Ibu korang nak rehat goyang kaki heheh.

Harum baunya bedak baby

Inilah aktiviti saya setiap malam sebelum tidur, buka wardrobe dan belek keperluan baby. Seronok kan, jadi sudah timbul ketaksabaran saya nak menimang baby dan pada masa yang sama bersemangat nak membawa kandungan ke sana kemari. Mengandung di umur 34 tahun rasanya mencabar sebab cepat rasa letih dan mengantuk sokmo.

scan nak tau jantina bayi
Moga baby sihat sempurna sifat tubuh badan, insha Allah

Alhamdulillah ok nak citer pasal jantina baby kan? minggu lepas ada appointment dan doctor dah scan perut saya ni, ย dan….syukur nampaknya Suami saya dan si Adam ada genglah ;). Alhamdulillah syukur yang penting baby sihat dan sempurna semuanya. Betullah instict saya ye, sebab tengok perut comel dan membujur ke depan. Suami pun perasan, tu yang confident beli barangan baby boy, dan bila dah scan, syukurlah, instinct ibu dan abah ni betul ;).

8 thoughts on “Jantina bayi”

  1. Assalamualaikum kak aju. alhamdullilah. dapat baby boy. yeayyy kak aju doakan sheila dapat geng ye. ehhehehe

    tak sabar nak excited harungi semua ni hihiiii

  2. salam aju… lamanye lily tak jenguk sini…baru tau Aju pregnant…tu pun lily tgk kat fb..nampak mcm aju pregnant..terus laju2 buka blog aju..hehe..Tahniah..happy for you..bestnye..ada geng lah adam.. ๐Ÿ™‚

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: