Produk Review
Semua ibu-ibu dan bapa-bapa pastinya selalu menggosok baju kan. Tak kisahlah baju ke tempat kerja, ke majlis kenduri, baju sekolah dan ada yang baju duduk rumah pun digosoknya, wah rajin, memang tabik sangatlah. Kali ini saya nak kongsikan dengan korang Seterika Philips yang mana memudahkan kerja anda dalam memastikan baju yang digosok licin dan menepati syarat-syarat baju kemas tahap gaban.

Baju suami dan anak-anak
Ok berapa pasang baju korang gosok seminggu? Macam saya ni, baju sekolah anak dah 10 pasang seminggu, baju suami 5 pasang, baju dan selendang saya pun 5 pasang. Dan saya menghabiskan masa 3 jam untuk menggosok, mak aih kalau gi shopping memang puaslah 3 jam tu, tapi gosok baju? Memang cemuih aihhh ;).

Seterika wap PerfectCare Azur Philips
So hari ini saya nak berkongsi cerita tentang seterika PerfectCare Azur Philips, yang mana seterika ini menggunakan teknologi terkini dengan inovasi yang terbaru. Ok produk Philips ni sememangnya mudah, selamat dan mudah digunakan. Selalunya kita perlu memastikan tahap suhu yang digunakan bersesuaian dengan jenis material pakaian untuk mengelakkan pakaian terbakar dan berlubang. Dah rugi baju kan ;), tetapi tidak dengan seterika ini, hanya hidupkan suis dan anda terus boleh memulakan kerja menggosok pakaian. Hari ini juga mak Jemah ingin bercerita tentang ciri-ciri seterika Philips ini. Apa ciri yang dimaksudkan? Ok jom lihat satu persatu ya.
Kombinasi terbaik antara suhu dan wap tanpa memerlukan anda menetapkan tahap suhu yang dikehendaki. Kalau korang nak tahu, bila suis dihidupkan, seterika ini boleh terus digunakan tanpa perlu menetapkan suhu yang dinginkan.
100% senang dan mudah untuk digunakan. Seterika ini sesuai untuk semua jenis fabrik termasuklah sutera, wool, polister dan cashmere.
Suisnya automatik akan dimatikan jika tidak digunakan selama 3 minit jika ia diletakkan dalam keadaan tegak, dan dalam 2 minit jika diletakkan sebaliknya.
2800 W yang menjanjikan prestasi yang bagus dan besinya cepat berhaba/panas.
Selalunya kerja-kerja menyeterika baju akan mengambil masa yang lama. Sebagai penejaru jenama dalam penjagaan pakaian, Philips sememangnya memfokuskan untuk meningkatkan dan meringkaskan gaya hidup pengguna dalam pelbagai aspek. Dan ini yang membuatkan orang ramai ingin mencuba seterika dengan teknologi suhu yang lebih optima ini. Seterika PerfectCare Azur Philips ini berharga RM599 di pasaran dan untuk keterangan lebih lanjut tentang produk ini anda boleh layari laman web mereka www.philips.com.my dan facebook http://www.facebook.com/
#PhilipsMY #PhilipsPerfectCare #NoBurn
agak berpatutan la harganya..ni la keje yg saya paling malas selain lipat baju
mak oii..harga dia..ada duit banyak baru senang nak beli..
lepas dapat seterika nie senang la keja kan..jimat masa..harga tu pun boleh la hihi
Bilakah agaknya nak bagi hadiah kat isteri ni..mesti dia suka habis ni..haha
produk terbaik, harga pun ‘terbaik’