
Pizza untuk bebudak comel
Ok hari ni saya nak kongsikan cara mudah dan ringkas untuk sediakan pizza, sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar. Untuk yang dewasa pun ok juga tapi jangan komplen kata sempoi sangat, kurang bahan bagai ok, babap nanti. Ok saya sediakan sarapan ni sebelum diorang ke sekolah. Bangun jam 5:30 pagi, dan bahan-bahan ni saya dah sediakan dari malam tu lagi. Jadi takdelah bangun pagi baru nak cari semua benda kan.
Ok bahan-bahannya sangat mudah uols!!!
Antara bahannya ialah
- Roti
- Sosej
- Keju
- Sos cili dan tomato

Sosej yang siap dipanggang

Cheese dipotong halus

Sapukan sos cili dan tomato atas roti
Caranya
- Saya akan grill atau panggang sosej terlebih dahulu. Guna butter sikit je. Sebab nak bagi sosej tu masak sepenuhnya.
- Kemudian bila sosej dah masak, dan potongkan serong seperti ni. Keju pun hiris halus-halus ya. Cheese tu tak kisah brand apa, janji hadoo
- Sapukan sos cili dan tomato ke atas roti, ratakan dan susunkan sosej dan keju yang dipotong tadi. Aturkan cantik-cantik biar nampak selera nak mengapnya.
- Kemudian bila dah puashati, panaskan roti tadi atas pemanggang ajaib. Api buka kecil sahaja, dan panaskan untuk beberapa minit ya.
- Kemudian dah siappp!!! Tara!!!!!

panaskan atas pemanggang ajaib

Masak sehingga roti kekuningan

Siap dah pizza anak-anak ibu
Ha mudah dan ringkas bukan menu bekal anak hari ini??? Bebudak suka menu ringkas macam ni, diorang ni sekolah kebangsaan sesi pagi. Katanya rehat tu makan bekal ibu pun dah cukup. Hmm budak tak makan banyak pun, lainlah macam maknya, kalau tak jumpa nasi rasa tak lengkap hidup ni hehehe. Hmmm oklah selamat mencuba ya. bye
mmg mudah tu..tp tk pernh buat lg hehe
Tq Aju sbb share resepi…
Sangat bertuah. Apabila mengenangkan zaman sekolah dahulu, ibu saya akan bekalkan roti majerin sapu gula atau roti sapu jem atau roti krim bersama air sirap setiap sebagai bekal sekolah. Sehinggalah ke sekolah menengah masih bawa beka makanan.
Memang sangat mudah, tapi picnya … wow ekslusif gitu huhuhu
Senang sangat. Dah lama tak buat ☺
makanan proses ni antara kelebihannye ialah cepat, ringkas so jimat mase tapi enggak bisa selalu dikonsum kerana enggak bagus tuk kesihatan…huhu…sebab banyak bahan tambah makanan…
buat bekal sedap2 macam ni berselera sikit diorang nak makan nanti