Umum Rindu pengasuh April 11, 2015

Spread the love

Pengasuh yang baik memang sentiasa diingati dan dikenang semua jasanya. Menjaga anak-anak dari habis pantang, yang masa tu berusia 2 bulan sehinggalah Najwa berumur 9 tahun, Najiha 7 tahun dan Adam 4 tahun. Ya Allah besar sangat jasa pengasuh yang juga dipanggil MAK ni. Saya paling sedih waktu nak berpindah rumah baru ni. Perkara pertama yang terlintas dalam kepala saya ni adalah siapa yang nak jaga anak-anak saya nanti.

Itulah yang paling merisaukan saya, sebab dengan mak ni anak-anak saya dijaga dengan baik sekali. Siap boleh tinggal dan tidur rumah mak kalau saya dan suami outstation. Nampak tak betapa saya percayakan mak, dan baiknya mak dengan anak-anak yang diasuhnya. Mak tak pernah berkira, anak-anak diasuh macam anaknya sendiri.

Sebab tu saya tak pernah nak berkira bagi gaji lebih pada mak. Kadang-kadang bagi makanan, orang tak berkira kita pun usahlah berkira sangat dengan mereka. Hati pun senang nak tinggal anak-anak dan keluar bekerja mencari rezeki.

 

Sian Najiha

 

Tadi sedang saya menonton TV, tengok Najiha kemain khusyuk buat homework. Tapi nampak macam tersedu. Lah rupanya menangis, ingatkan Najwa atau Adam duk mengusik dan mengacau Najiha, rupanya bukan. Nampak tulisan pada bukunya dan fahamlah saya dia rindukan mak. Dah 3 bulan lebih kami di rumah baru, bermakna selama itu jugalah kami tak jumpa mak lagi.

 

Rindu mak

 

Pujuk Najiha, kenapa ni? Rindu mak ya? Najiha angguk. Takpe nanti kita call mak ya? Najiha geleng kepala, alah taknak pula. Mungkin tetiba teringat kot, then terus menangis. Saya whatsapp pada suami, dan katanya petang ni suami ajak pergi pasar malam Gombak, dan sambil tu boleh jenguk mak jap, dan ambil surat kat rumah lama kami tu ;). Alhamdulillah syukur dapat suami memahami. Rindu dendam berbalas nampaknya petang ni hehhehehe.


Spread the love

Tags :

1 Comment

  • Khairul Zamri posted on April 12, 2015 at 12:39 pm

    Kesian dia, budak-budak kalau dah suka dengan orang mengasuh dia memang macam ini, akan rindu.
    Khairul Zamri recently posted..Contest Petua dan Herba KongsibersamanoraMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge