Selamat Hari Lahir yang ke 8 tahun, buat anak ibu, Najiha.

Selamat Hari Lahir Najiha
Alhamdulillah semalam 23.4.2015 genap umur Najiha 8 tahun. Masih segar diingatan ibu, saat ibu melahirkan dan membesarkanmu dengan ragam-ragammu yang sangat mencabar kesabaran dan keimanan ibu abahmu hahaha. Orang kata anak no 2 ni banyak sangat kerenahnya dan kita sebagai ibu bapa sangat perlu bersabar dan pandai menangani kerenah mereka ini.

23.4.2015

Buah hati saya
Takpe sebab ibu faham, jarak Najiha dan Najwa agak rapat dan sememangnya orang beranak rapat ni sahaja yang memahami bagaimana gigihnya membahagi kasih sayang kerana untuk memastikan kakak dan adik mendapat kasih sayang seadilnya. Maklumlah rapat kan, si kakak cemburukan adik, kalau bagi lebih perhatian lebih pada adik mulalah si kakak buat perangai, dan begitu juga sebaliknya. Apapun sekarang bila terkenangkan semua tu memang pengalaman yang sangat-sangat bermakna. Bila masing-masing dah besar ibu dah boleh harap diorang ni buat kerja rumah. Sapu sampah, basuh pinggan mangkuk, nak-nak bila mengandung ni, memang diorang orang suruhan saya ;).

Semoga Allah memberkati hidup kita
Beginilah sambutan hari lahir kami anak beranak setiap tahun. Ini adalah kehendak suami untuk menggembirakan anak-anaknya. Kalau ikutkan saya ni jenis yang ringkas sangat, beli je kek sepotong sudahlah. Tapi suami kata takpelah sambutan untuk diorang ni setahun sekali, katanya masa dia kecik-kecik dulu tak merasa nak potong kek macam ni, alahai sayu pulak saya dengar ;). Oklah saya ikutkan aje, lagipun menggembirakan anak-anak kan amalan berpahala, asalkan tidak melanggar batasannya. Topi tu memang disimpan dari 2 tahun lepas lagi. Setiap kali sambutan hari lahir kami akan gunakannya, dan simpan semula selepas diguna, JIMAT KAN? hahaha..
Oklah layan aje gambar ni, dan abaikan dapur yang bersepah itu ya ;).
Untuk Najiha, ibu doakan semoga Najiha dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga menjadi anak solehah berjaya dunia akhirat. Sentiasa rajin membantu dan mengasihi sesama kita.
Happy bezday najiha
Selamat hari lahir semoga menjadi anak solehah
selamat hari lahir anakanda, semoga jadi anak yang solehah ๐
happy birthday najiha..hehe samalah anak kedua saya pon macam2 kerenahnye..lagi2 pulak tak lama lagi nak jadi abang..makin banyakla ragamnye..
Ohhh dah besar dah yer.. Selamat hari lahir..semoga panjng umur Dan menjadi anak yang solehah..aminnn..
selamat hari lahir comlnya anak aju heeee…
hepi besday najiha ๐