Susu kambing segar, penghantaran ke pintu rumah

Susu kambing segar, penghantaran ke pintu rumah | Saya sekarang dalam proses mengumpul maklumat tentang penyusuan susu ibu. Dulu ada juga saya ceritakan di blog tentang penyusuan saya dan Adam.

Alhamdulillah dapatlah setahun 3 bulan susukan Adam sepenuhnya dengan susu saya. Tapi selepas tu saya terpaksa campur dengan susu tepung kerana tak dapat nak tampung keperluan penyusuan Adam. Namun syukur Alhamdulillah penyusuan diteruskan sehingga usia Adam 2 tahun.

Susu kambing segar

Dalam duk cari maklumat tentang susu ibu, saya terbaca tentang susu kambing segar Gmilk yang boleh dipesan dan dihantar terus ke pintu rumah korang. Saya memang duk minum susu kambing ni macam saya pernah cerita kat korang kat entri ni. Tapi susah benar nak dapat bekalannya. Dalam pada duk mencari Alhamdulillah berjumpa sumber akhirnya ;).

Mai dah…

Delivery susu kambing segar

Korang ingat pizza je ada delivery? Susu kambing pun hadooo!!! Tapi dengan syarat minimum order 24 botol, harga sebotol RM5, dan penghantaran adalah PERCUMA!!!

Best kan, tak payahlah bersusah payah nak keluar, berjalan, drive dan parking, tup-tup dah sampai depan pintu pagar umah korang je. Ni bukanlah entri berbayar tapi sekadar membantu perniagaan orang melayu. Moga murah rezeki dan maju bisnes diorang ni.

Didatangkan dengan sejuk beku

Hensem kambing tu hehee

Nak tau khasiat susu kambing Gmilk ni? Semestinya untuk mengelakkan bayi dari terkena kuning atau jaundis. Kalau korang rajin google lah sendiri khasiatnya yang lain tu ya.

Rasa susu kambing Gmilk ni tidak hamis dan sememangnya sedap untuk diminum. Dan pastinya lebih enak jika diminum ketika sejuk, emmm memang sejuk je lalu kat tekak.

Wahh banyak stok susu ni hehee

Semasa penghantaran dibuat, susu dibekalkan dengan keadaan sejuk beku. Korang boleh terus simpan di freezer, dan kalau nak minum, bolehla keluarkan dan letak dalam fridge. Contohnya macam saya, setiap malam akan turunkan 2 botol, dan besoknya baru minum.

Ingatkan bolehla bertahan stok 24 hari tapi rupanya satu rumah ni pun suka susu kambing ghupanya. Dan kepada siapa yang berminat nak cuba susu kambing Gmilk ni, anda boleh terus menghubungi nombor ini ya tel:012-2239379

P/S : Harga sebotol RM5 untuk minimum order 24 botol tu sebelum GST, selepas GST ni tak pasti ya 😉

ajumohit: Hi sayalah tuan blog!!

View Comments (6)

  • haa..macma tu pula aduh..baik untuk ibu hamil..biras ada kata lagu tu aduh..aduh..tapi tak pula test takat ni kalu anak lahir selalu minta akan siap2 beli susu kambing ori kt kampung..dua tiga hari bg anak susu kmbing ori dekat mulut dia agak2 hujung sudu teh sahaja.. sehari dua ilang kuning dia ;)

    umh macam2 susu ada cuma lalu makan suri je lain hampeh whu..

Recent Posts