Umum Susu kambing segar, penghantaran ke pintu rumah April 2, 2015

Spread the love

Saya sekarang dalam proses mengumpul maklumat tentang penyusuan susu ibu. Dulu ada juga saya ceritakan di blog tentang penyusuan saya dan Adam. Alhamdulillah dapatlah setahun 3 bulan susukan Adam sepenuhnya dengan susu saya. Tapi selepas tu saya terpaksa campur dengan susu tepung kerana tak dapat nak tampung keperluan penyusuan Adam. Namun syukur Alhamdulillah penyusuan diteruskan sehingga usia Adam 2 tahun.

Dalam duk cari maklumat tentang susu ibu, saya terbaca tentang susu kambing segar Gmilk yang boleh dipesan dan dihantar terus ke pintu rumah korang. Saya memang duk minum susu kambing ni macam saya pernah cerita kat korang kat entri ni. Tapi susah benar nak dapat bekalannya. Dalam pada duk mencari Alhamdulillah berjumpa sumber akhirnya ;).

Mai dah…

 Korang ingat pizza je ada delivery? Susu kambing pun hadooo!!! Tapi dengan syarat minimum order 24 botol, harga sebotol RM5, dan penghantaran adalah PERCUMA!!! Best kan, tak payahlah bersusah payah nak keluar, berjalan, drive dan parking, tup-tup dah sampai depan pintu pagar umah korang je. Ni bukanlah entri berbayar tapi sekadar membantu perniagaan orang melayu. Moga murah rezeki dan maju bisnes diorang ni.

Didatangkan dengan sejuk beku
Hensem kambing tu hehee

Nak tau khasiat susu kambing Gmilk ni? Semestinya untuk mengelakkan bayi dari terkena kuning atau jaundis. Kalau korang rajin google lah sendiri khasiatnya yang lain tu ya. Rasa susu kambing Gmilk ni tidak hamis dan sememangnya sedap untuk diminum. Dan pastinya lebih enak jika diminum ketika sejuk, emmm memang sejuk je lalu kat tekak.

Wahh banyak stok susu ni hehee

 Semasa penghantaran dibuat, susu dibekalkan dengan keadaan sejuk beku. Korang boleh terus simpan di freezer, dan kalau nak minum, bolehla keluarkan dan letak dalam fridge. Contohnya macam saya, setiap malam akan turunkan 2 botol, dan besoknya baru minum. Ingatkan bolehla bertahan stok 24 hari tapi rupanya satu rumah ni pun suka susu kambing ghupanya. 

Dan kepada siapa yang berminat nak cuba susu kambing Gmilk ni, anda boleh terus menghubungi nombor ini ya tel:012-2239379

P/S : Harga sebotol RM5 untuk minimum order 24 botol tu sebelum GST, selepas GST ni tak pasti ya 😉


Spread the love

Tags : , , , ,

6 Comments

  • suri posted on April 2, 2015 at 3:00 pm

    haa..macma tu pula aduh..baik untuk ibu hamil..biras ada kata lagu tu aduh..aduh..tapi tak pula test takat ni kalu anak lahir selalu minta akan siap2 beli susu kambing ori kt kampung..dua tiga hari bg anak susu kmbing ori dekat mulut dia agak2 hujung sudu teh sahaja.. sehari dua ilang kuning dia 😉

    umh macam2 susu ada cuma lalu makan suri je lain hampeh whu..

    Reply
  • suri posted on April 2, 2015 at 3:01 pm

    sis dia cawanga ker?

    nampk gaya pepagi orang sapan susu cap kambing ar yer 😉

    take care ..

    Reply
  • adianiez posted on April 2, 2015 at 4:49 pm

    bagus nyer.
    anta kat umah 🙂
    adianiez recently posted..VIRAL 1 APRIL 2015 ~ BASIC TIPS NAK FAHAM TAX INVOICE DI ERA GST 🙂My Profile

    Reply
  • Ikhwan Fahmi posted on April 3, 2015 at 2:59 am

    call je terus boleh hantar, terbaik lah.
    Ikhwan Fahmi recently posted..7 Sebab Anda Tidak Perlukan Nota Rujukan Separa PerubatanMy Profile

    Reply
  • Dr Fattah posted on April 3, 2015 at 3:00 am

    call je terus boleh hantar, terbaik lah.
    Dr Fattah recently posted..Tips Temuduga Latihan Separa Perubatan Gred U29My Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on April 10, 2015 at 5:27 pm

    Bestnya ada khidmat penghantaran. Tak pernah lagi minum susu kambing.
    Fiza Rahman recently posted..Counting Day!!!!My Profile

    Reply
  • Leave a Reply to suri Cancel Reply

    CommentLuv badge