Waktu sesuai untuk sediakan persiapan bersalin

Waktu sesuai untuk sediakan persiapan bersalin

Selalu kita tertanya-tanya bilakah waktu yang sesuai untuk menyediakan semua keperluan bersalin dan berpantang. Keperluan termasuklah untuk si ibu dan bayinya.

Macam saya, seawal 4 bulan lagi saya sudah mula mencari dan survey senarai barangan tersebut. Ada orang kata awalnya? Sebab saya tau saya jenis cepat penat kalau kandungan semakin membesar.

Dah tau jantina baby

Dan paling seronok survey barang setelah mengetahui jantina bayi. Lagi memudahkan kita memilih tema warna barangan dan pakaian sesuai untuk si manja.

Atau beli sahaja barangan yang sesuai untuk baby perempuan dan lelaki, dengan erti kata lain, boleh masuk dengan kedua-dua jantina bayi ni, unisex bak kata orang tu.

beli keperluan bayi
Antara keperluan si bayi

Semakin penat bila kandungan membesar

Sewaktu kandungan berusia 4/5 bulan saya kuat dan gagah lagi untuk berjalan ke sana ke mari. tetapi bila usia kandungan mencecah 6 bulan, letih dan penat mula menguasai diri.

Tu sebab saya suka sediakan persiapan seawal mungkin. Tapi orang tua ada berpesan jangan buat persiapan terlalu awal, bimbang sesuatu berlaku pada kandungan kan.

Apapun terpulang pada pandangan dan pendapat memasing. Saya selalu berdoa baby sentiasa sihat dan selamat sehingga bersalin.

beli barangan keperluan bayi
Belum di basuh lagi 😉

Untuk baby:-

  1. Saya sediakan 6 pasang pakaian lengan pendek dan panjang.
  2. Barut dalam 6 helai (abang saya yang jahit hehehe ;))
  3. Bedung dan tungku (beli dari kawan saya)
  4. Napkin dan tuala
  5. Mitten dan booties
  6. Diapers
  7. Mandian
  8. Bedak berubat
  9. Minyak/ krim tropika
  10. Tisu basah
  11. Alas plastik untuk tukar lampin
  12. Bantal dan tilam kekabu (pakai lama punya)

BACA-> Kebaikan bertungku bukan sekadar sewaktu berpantang

waktu sesuai sediakan keperluan bersalin, keperluan sebelum bersalin
Sikitnya barang ibu 😉

Untuk ibu :-

  1. Pad
  2. Keperluan berubat/ set berpantang
  3. Bengkung (pakai yang lama punya)
  4. Mandian herba
  5. Pilis dan param (adik punya haha)
  6. Keperluan menyusu (pam/ botol/ cooler bag) (Adik dan kawan hadiahkan)
  7. Disposable Panty
BACA  First time menikmati Tutty Fruity

 

waktu sesuai sediakan keperluan bersalin
Hadiah dari ofismate ~ auntie ju

  

shopping barang baby sebelum bersalin
seluar baby

Pastinya ada tambahan lagi kelengkapan ni dari masa ke semasa ;). Apapun biarlah persiapan secara bersederhana, contohnya pakaian baby. yang sedia ada ni hanya untuk 6 bulan pertama je, kalau kata baby dah membesar bagai johan Insha Allah kita beli lagi ya ;).

Yang pastinya sudah tidak sabar nak memakaikannya pada baby ;). Doakan kami baik-baik sahaja ameen. Semoga entri waktu sesuai untuk sediakan keperluan bersalin ini bermanfaat buat semua.

Dan semoga ibu-ibu juga dipermudahkan urusannya sehingga selamat bersalin. Aamiin

7 thoughts on “Waktu sesuai untuk sediakan persiapan bersalin”

  1. Assalamualaikum kak aju, seluar baby tu comel sangat. tak sabar sheila nak survey baju2 baby lagi. heheheh semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti kak aju. ngeeeeeeee~~~

  2. sama la. aida 4-5 bulan pregnant tu da prepare skit-skit.
    yg penting-penting… maklum la, bekerja kan.
    masa cepat berlalu…

  3. Hehe..dulu beli pakaian baby pertama main agak-agak jer.. Beli yang color putih kebanyakannya.. Sebab baby boy ngn baby girl pakai baju puteh tak nampak pelik sangat..haha

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: