Saya bukanlah peminat perlumbaan motorsikal berkuasa besar, jauh sekali menyimpan angan-angan untuk memilikinya. Saya punya pasangan yang minat sangat dengan superbike ni. Saya rasa semua lelaki pun punya minat macam tu kan? Ahad minggu lepas, saya ada mendapat jemputan untuk cover satu event aiskrim di Empire Subang. Syukurla suami sudi nak temankan, bolehla angkut anak-anak sekali. Sekarang ni memang tak join sangat dah event blogger macam tahun lepas, dah sarat ni memang duduk rumah dendiamlah ;).
Event yang minggu lepas tu bayarannya Alhamdulillah, bolehla topup nak beli breastpump baru ;), syukur. Tu yang saya gagahkan diri jua untuk menghadirinya. So selepas menghadiri event di Empire Subang, suami ajak saya pergi event beliau pulak. Saya tanya event apa tu? Katanya Malaysian Superbike Championship 2015, yang diadakan di Litar Sepang. Allah, saya bab-bab motor ni memang kurang minat, lagi satu dengan perut memboyot ni memanglah tak selera benor tekak nak ke event macam tu ngee ngee.
Sebenarnya saya ni malas nak berjalan sebab teringat dulu masa pergi F1 Sepang ni, saya dan anak-anak kene berjalan jauh dari tempat meletak kereta ke pameran motor tu. Aduiyai bercinta rasanya ;), tapi dah suami ajak tu pergilah jela kan, satgi dia ajak orang lain sentap pulak.
Syukurlah tempat meletak kereta pun tak jauh dari pintu masuk nak ke tempat duduk tu. Hmmm mengah juga berjalan walaupun dekat beberapa langkah je. Oklah orang pun tak ramai, dan takde bersesak pun. Memula rasa penat tadi tu dah rasa seronok pulak duk menengok keletah Adam yang khusyuk melihat motor dengan derumannya yang kuat tu. Tergeleng-geleng kepala diorang ni ;).
Pertama kali tengok perlumbaan motorsikal berkuasa besar ni. Yang ada team 250 cc, 1000cc, yang tu je saya tahu, siapa yang tunggang motor tu? Hahahaha saya memang tak ambil tahu. Nampaknya suami dan si Adam je yang minat sangat nak tengok perlumbaan tu. Dan yang saya kagum tu, wanita yang menjadi juara untuk team 250cc tu tau. Jangan pandang rendah dengan orang wanita sekarang ni, hmmm oklah, kalau rajin tengoklah sedikit selingan video di atas tu ya ;).
tk pernh lg pegi litar mcm ni…larat jugak la tu bole pegi event lg kn walau tk byk
Huhhhh..bila lah dapat beli superbike 1000cc satu ni..nak bawa isteri jenjalan..
belum pernah lagi tgk live acara camni. tp menarik jugak kan
biar pun penat tapi pastinya seronok dengan acara yang disertai.
fuhh..memang rajin berjalan nih..
saye pun tak minat gak even kereta sendiri pun banyak tak tau, sume pas kat husband huhu…