5 Perasa Aiskrim Jwel keluaran F&N Creameries | Ingat lagi kan saya pernah cerita tentang aiskrim Jwel ini di entri lepas? Ok kalau anda nak tahu, pihak F&N Creameries telah mencipta aiskrim Jwel yang terdiri daripada 5 perasa aiskrim yang mewakili pengalaman aiskrim yang lazat.
Disaluti mewah dengan lapisan coklat dan badam. Yang mana setiap aiskrim mempunyai perasa tersendiri yang lemak dan berkrim iaitu The Duke of Vanilla, The Countess of Tiramisu, The Duchess of Double Chocolate, The Earl of Caramel dan The Baron of the Dark Forest.
Aiskrim Jwel keluaran F&N Creameries
Kalau anda tengok imej di pek aiskrim ini pun sangat menarik serta menggoda sesiapa yang melihatnya dan sudah pasti ingin merasakan pengalaman menikmati aiskrim ala bangsawan kan? Dengan sekali gigitan sudah mampu merasakan kerangupan salutan coklatnya dan kunyahan badamnya yang rangup dan mengasyikkan. Ok jom kita tengok satu persatu perasa ini ya.
Anak-anak suka sangat Aiskrim Jwel
5 Perasa Aiskrim Jwel
1. The Duke of Vanilla
Yang ini memang kesukaan saya, rasa vanillanya sangat lazat ditambah dengan gabungan coklat dan badam yang begitu mengasyikkan.
2. The Countess of Tiramisu
Pernah makan kek tiramisu? Emmm tak perlu diceritakan lagi sehingga anda sendiri yang perlu merasainya ;).
3. The Duchess of Double Chocolate
Ini kesukaan si Najwa, memang sedap sehingga menjilat jari jemari dengan kelikatan rasa coklat yang sebenar.
4. The Earl of Caramel
Najiha sangat gemarkannya, rasa ekstravaganza dan boleh membuatkan yang lain terliur melihat keenakannya.
5. The Baron of the Dark Forest
Mampukah perisa ini mengatasi kesemua perisa aiskrim Jwel di atas? Cubalah rasai kelainannya dan pasti anda akan jatuh cinta padanya.
Anda boleh dapatkan aiskrim Jwel ini di hipermarket dan supermarket yang terpilih dengan harga RM3.70 sebatang dan RM14.60 satu pek yang mengandungi 4 batang aiskrim.
Untuk maklumat promosi terkini mereka, anda boleh mengikuti Facebook, Instagram dan website Jwel untuk keterangan lebih lanjut. Anda juga menikmati aiskrim percuma jika berkunjung ke tapak kempen promosi mereka, apa tunggu lagi, jom like dan follow Jwel hari ini untuk promosi terkini mereka!!!!
Website: www.jwel.my
Facebook: www.facebook.com/JWELMY
Instagram: @JWELmy
tk pernh try lg..tp pernh tgk kt giant
Lebih kurang macam eskem magnum juak lah ni. Tapi tak pernah tr lagi brand ni. Tak pernah nampak lagi kat kedai ☺
rasa nak makan tapi sekarang tengah selsema.
Memang terliur sangat dah ni.. mmm, terasa-rasa macam ada kat tekak ni heheh 😀
dah ada jenama aiskrim baru rupanya ye..
tengok aiskrim memang tergoda nak makan la.