Check up 28 minggu @ Tropicana Hospital | Alhamdulillah sedar tak sedar dah 28 minggu rupanya usia kandungan saya ni.
Patutlah rasa letih dan penat tak boleh blah. fuhhhh memang penat sangat rasanya, tak sabar nak menanti lagi 10 minggu, sebab kebiasaannya saya akan bersalin 2 minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.
Baby ni usah katalah, memang aktif bebenor. Pantang ibu dia duduk je, mesti terasa tenangannya tu di perut ibu. Hmmm nak ibu berjalan aje ye baby? Emmm tak laratlah ;).
Teka teki nak bersalin mana
Sebelum ni duk ding dong ding dong nak bersalin kat mana. Antara Tropicana Hospital yang hanya 15 minit dari rumah ataupun DEMC, Shah Alam yang 30 minit dari rumah.
Suami sukakan DEMC tu sebab ramai populasi melayu kat sana. Saya pula fikir biarlah hospital yang dekat dengan rumah supaya senang kalau emergency takdelah jauh pun nak drive.
Tropicana Hospital but not bad
Lagipun officemate saya ni ada yang pernah bersalin di Tropicana. Katanya kemudahan hospital tu bagus dan doktor pun baik dan peramah. Biasanya sebab tu pesakit suka follow doktor kan, kalau dah biasa dengan cara dan khidmat doktor tu, mesti akan ikut aje doktor tu.
Personal touch orang kata, sebab biasalah kalau dah sakit mesti nak perkhidmatan yang baik dan konsultansi yang terperinci. Itu juga salah satu kelebihan yang ada untuk seseorang doktor kan.
First time ke Tropicana Hospital
Pertama kali jejak kat kat hospital ni. Memang selesa, mau tak selesa, hospital berbayar kan. Saya ni syukurlah ofis cover untuk bersalin sume. Merasalah duk pi check up dan bersalin hospital mahal.
Saya datang bawa GL yang dikeluarkan oleh pihak HR sahaja, dan terus amik no. giliran untuk pendaftaran. Sebelum dapat GL tu kene submit appointment kad dan surat rujukan dari klinik yang saya follow up sebelum tu.
Amboih dah macam rumah sendiri gayanya ni. Bancuh air sendiri ye semua, ibu korang tak larat dah nak hidang ;). Untuk kali pertama ni, timbang berat, check tekanan darah dan diorang tanya salah silah beranak sebelum ni.
Risau baby besar hihi
Anak pertama saya beratnya 3.02kg, yang kedua 3.20kg dan yang ketiga tu 3.58kg, baby yang keempat ni? Waaaaa janganlah besar sangat ya, nangis ibu nak teran nanti.
Ok doktor yang saya jumpa tu namanya Dr Norhazinat yakni O&G specialist. Saya memang dah survey dengan kawan-kawan sebelum datang sini.
So bila nak issue GL memang dah mention awal-awal masa buat appointment dengan kaunter kat depan nun. Memang doktornya baik dan mesra je. Siap puji perut saya cantik sebab takde stretch mark, apa rahsianya? Haaa nanti saya bagitau.
Ok hasil check up 28 minggu:
Berat ibu : 73.5kg
Tekanan darah : Agak rendah
Kedudukan bayi : Songsang (patutlah asyik tendang ibu je kalau ibu duduk)
Berat bayi : 1.6 kg
Tolong doakan bayi saya berpusing ke kedudukan normal ya, doktor kata kalau dalam 36 minggu tu masih tak di kedudukan normal tu memang si ibu patut risau, tapi dalam 28 minggu ni, si bayi akan berpusing ke kedudukan sepatutnya, dan itulah doa ibumu nak.
Hari ini genap 10 tahun pemergian arwah ayah tercinta. Sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat arwah ayah. Rindukan gelaknya, jenakanya, ceritanya, gelagatnya. Dialah guru matematik saya, biarpun hanya kerja kampung namun sangat cekap dengan hanya mencongak sahaja dapat menjawab semua soalan basic matematik.
Kalau ada penyampaian hadiah tahunan dan subjek terbaik, dialah yang saya suruh naik ke pentas wakilkan saya. Cuma masa ambil degree tu arwah tak masuk ke dewan sekali, kerana batuk teruknya. Saya nak ayah bangga, walaupun kami susah tapi saya nak arwah ayah tahu, saya inginkan jadi insan terbaik dunia akhirat.
Kami adik beradik punya pencapaian sendiri, walau tak segah mana, namun arwah ayah berjaya mendidik kami menjadi “ORANG”. Kami rindukan ayah, kami doakan ayah ditempatkan bersama orang beriman, rohnya dicucuri rahmat Allah dan nantikan kami di sana.
smoga smua dipermudahkan..kejap je dh 28weeks
Kejap jer yerp. Rasa macam aju baru pregnant jer…hehehe…Semoga dipermudahkan โบ
Al-fatihah utk arwah ayah.
tiap kali check up memang berdebar sebab nak tau baby and kite punye health condition…
Semoga semuanya selamat ya
saya doakan agar puan dan bayi selamat hendaknya
selalunya husband2 pun bedebar nak tunggu hari tu…baby baru, rutin baru menanti huhu
Alhamdullilah makin sihat… hehe