Semalam saya dan keluarga ke Empire Subang bagi memeriahkan kempen promosi aiskrim Jwel di sana. Untuk pengetahuan korang, mereka sekarang ini mengadakan kempen promosi bergerak bagi memperkenalkan 5 perisa aiskrim yang sangat sedap dan nyummy, iaitu The Duke of Vanilla, The Countess of Tiramisu, The Duchess of Double Chocolate, The Earl of Caramel dan The Baron of the Dark Forest.!! Bagi yang masih tidak mengetahui tentang aiskrim Jwel ini, sebenarnya ia adalah produk keluaran dari F&N Creameries yang mana ianya telah mendapat pengesahan HALAL.
Ok jika anda berpeluang ke mana-mana promosi Jwel, anda akan dapat menikmati aiskrim ini dengan PERCUMA!!! Bagaimana? Anda perlu ke booth promosi mereka, bergambar seperti di atas, dan kongsikan gambar tersebut di Facebook dan Instagram anda. Dan seterusnya pihak Jwel akan mengesahkan penyertaan anda dan anda akan menikmati aiskrim Jwel. Mudah kan? Jadi apa tunggu lagi sebab masih banyak lagi kempen promosi mereka yang akan dijalankan nanti. Jadi anda hanya perlu pergi ke destinasi berdekatan dengan anda :). Dan kepada mereka yang bertuah, berpeluang memenangi pek aiskrim Jwel yang mengandungi 5 perisa tersebut.
Selain itu, semalam juga mereka memeriahkan sambutan hari ibu dengan mengedarkan bunga ros dan aiskrim secara percuma kepada semua para ibu yang berkunjung ke booth mereka di Empire Subang. Dan bukan sahaja para ibu yang mendapat aiskrim ini, malahan suami dan anak-anak saya juga turut sama dapat menikmatinya. Bebudak kalau dapat aiskrim memang seronok sangatlah kan? ;). Ibunya pun rasa diraikan sangat, walaupun tahu hari-hari adalah hari ibu ;).
Ok untuk anda semua yang ingin merasai aiskrim Jwel ini, bolehla turut serta ke kempen promosi mereka seperti yang tertera di dalam jadual di bawah ini. Jika berkesempatan pergilah memeriahkan kempen tersebut dan menggembirakan mereka yang tersayang. Emm sedap juga aiskrim Jwel ni ya, semua perisa pun saya suka ;).
1. UKM – 11 May 2015
2. Berjaya University College of Hospitality – 12 May 2015
3. UniKL – 13 May 2015
4. International Medical University (IMU) – 14 May 2015
5. Bangunan MARA – 15 May 2015
6. Menara Celcom – 18 May 2015
7. Institut Kemahiran Mara* – 19 May 2015
8. Institut Profesional Baitulmal – 20 May 2015
9. Lincoln Kelana Jaya – 21 May 2015
10. Plaza Month Kiara – 22 May 2015
11. Menara The Star, Phileo Damansara II – 25 May 2015
12. CyberMed – 26 May 2015
13. UCSI – 27 May 2015
14. Monash – 28 May 2015
15. KDU Damansara Jaya Campus – 1 June 2015
16. Ktar*- 2 June 2015
* Semua kempen di atas adalah tertakluk kepada perubahan kelak, jadi jangan lupa follow Jwel untuk informasi yang terkini.
Ok jom sama-sama like page JWEL :).
Website: www.jwel.my
Facebook: www.facebook.com/JWELMY
Instagram: @JWELmy
first time dengar aiskrim ini..macam best je..sedap ke ?
1st time dengar eskem brand ni ☺
Huhhh..ingatkan ais cream betul2 sakni..haha
apsal askemnnya tu macam kecik aje ehh..