
Pertunangan Anak Saudara Sulung, cantiknya kamu | Alhamdulillah Sabtu lepas anak buah sulungku yang berumur 22 tahun selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya. Sayu hati makcik tengok anak saudaraku kat atas pelamin tu.
Rasa cepat benar masa berlalu, dan tak sangka dari sewaktu bayinya makcik kendong, tukarkan lampin, mandikan, tidurkan, cubitkan ;), rupanya dah meningkat dewasa, Alhamdulillah. Terasa tua pulak makcik ni long, kamu nampak berseri-seri sangat ;).


Hantaran ni semua digubah dan dihias sendiri oleh anak buah dan sepupu-sepupunya, manakala pemanis mulut contohnya pavlova, cup cake, macaroon tu semua ditempah dan dibeli dari online sahaja. Mudah kan?
Teringat zaman makcik dedolu mana ada semua ni, gubahan pun cantik sangat, sweet je..Manakala pelamin tu pula disewa dari butik pengantin berdekatan dengan rumah ni je. Alolo comel sangat 😉


Tengok si along ni duduk atas pelamin tu sambil disarungkan cincin merisik dan tunang, airmata makcik hampir menitis sebenarnya tapi tetap kutahan Jebat. Saya kan super duper sensitif, mudah tersentuh dalam hal macam ni. Hmmm macam-macam hal lah makcik ni kan. Saya tengok kakak ipar saya tu tenang aje, tapi dalam hati siapa yang tahu kan.
Dah pastilah dia lagi terasa terharunya kan. Orang tua kata eloklah dipercepatkan perkara yang elok macam ni, nak pula dalam hal berumahtangga ni kan. Yang penting memasing kena ambil tahu peranan sebagai suami isteri dan seterusnya melahirkan anak-anak soleh solehah, hmmm dah macam ostazah pulak rasanya :).
Hehe…rasa sekejap je masa berlalu…dulu kendong anak sedara….sekarang anak nak masuk 5…
wahh..
dah ada dah anak saudara suluung yang tunang.
sekejap masa berlari kan.
semoga majlis pernikahan akan berjalan lancar nanti..
kepada puan Ajumohit..bawa berehat dan insya Allah saya doakan puan selamat melahirkan cahaya mata nanti..
amin..!
Cantik cantik belaka ye hantaran nye.
Meriah tengok..
cantik warna hantaran, my peberet tu 🙂
Wah tahniah 🙂 inilah masa family nak gather.