Check up mengandung 33 minggu dan berpuasa.
Alhamdulillah genap usia kandungan saya ni 33 minggu. Sabtu lepas merupakan check up kali ke 2 di Hospital Tropicana dengan Dr. Nurhazinat. Hasil check up tersebut, kandungan saya sihat-sihat sahaja dan bayi telah berada dikedudukan yang betul dan tidak songsang seperti yang diceritakan di entri sebelum ini. Itulah yang saya harapkan, supaya dipermudahkan segalanya dan bayi sihat-sihat sahaja.
Selamat berpuasa semua
Juga masih tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke 5 Ramadhan dan Allah beri saya kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa ini. Bahayakah ibu mengandung berpuasa?
Saya ada bertanya kepada doktor, yang menentukan boleh berpuasa atau tidak itu adalah terpulang kepada kekuatan badan dan ketahanan fizikal untuk seseorang ibu mengandung itu untuk berpuasa. Ada perbezaan ya jika ibu mengandung itu meninggalkan puasa atas 2 sebab, satu bimbang jika memudaratkan dirinya, dan satu lagi bimbang memudaratkan bayi dalam kandungannya.
Hukum ibu hamil tidak berpuasa
Jika tidak berpuasa atas sebab yang pertama iaitu risau akan memudaratkan diri sendiri, contohnya jika sesorang ibu itu mempunyai penyakit tertentu seperti kencing manis dan darah tinggi dan memerlukan dia memantau tahap kesihatannya, jadi ibu itu dibolehkan untuk tidak berpuasa, jadinya ibu itu hanya perlu qada’ atau menggantikan puasanya, tetapi jika ibu itu meninggalkan puasa atas sebab bimbang akan keadaan bayi dalam kandungannya, maka si ibu perlu qada puasa berserta membayar fidyah.
ย Hari Pertama Berpuasa.
Seperti kebiasaan bersahur bersama keluarga, dan saya bersyukur sebab masih ada kekuatan untuk memasak sendiri lauk untuk berbuka dan bersahur untuk suami dan anak-anak. Biarpun lauknya simple dan mudah namun suami memujinya dan yang penting ianya menjimatkan dari berbelanja di bazar ramadhan dan rasanya pula tidaklah sesedap mana. Biarlah cuma goreng ayam, ikan masak kicap, tempe dan tauhu sambal, telur dadar, sayur petola masak air, itu sudah cukup mengenyangkan, bukan?
Ok nak cerita tentang puasa sebenarnya :), pagi puasa pertama tu saya masih cergas lagi dan apabila masuk jam 2 petang, saya sudah mula rasa pening, mual dan nak pengsan. Tapi saya pujuk hati dan bayi, supaya kuat untuk mengharungi hari pertama puasa ni. Saya sibukkan diri dengan kerja di pejabat, ulang alik ke tandas buang air dan basahkan muka, sehinggalah tiba waktu untuk pulang. Nak berjalan ke tempat parking tu Allah saje yang tahu, syukur ada geng opis so bolehla saya pegang2 dia kalau tak larat nak jalan tu.
Hari ke 2 dan seterusnya
Alhamdulillah, badan saya dan bayi sudah mula biasa dengan keadaan berpuasa, syukurlah, sebab tiada rasa nak muntah dan pengsan, tapi taknaklah cakap besar nanti tetiba lain pulak jadinya ;). Ok apa yang penting, sepanjang berpuasa kene pastikan minum air 8-10 gelas sehari.
Tips minum 8 cawan air kosong di bulan Ramadhan
Jom ikut tips mudah ini ya:
- Sebelum tidur
- Bangun dari tidur
- Sebelum makan sahur
- Penutup sahur
- Berbuka selepas makan buah tamar/Kurma
- Sebelum solat Maghrib
- Sebelum Isyak
- Selepas Tarawih
Ha mudah kan nak minum 8 cawan air sepanjang berpuasa ni? Selain minum air secukupnya, pastikan bayi gerak lebih 10 kali sepanjang berpuasa. Insha allah semoga Allah permudahkan perjalanan puasa tahun ini dan semoga ibadah ini lebih baik dari sebelumnya.
Check up mengandung 33 minggu di Thomson Hospital
Berat ibu : 74.8kg
Berat bayi : 2.05kg
Tekanan darah : Baik
Kedudukan bayi : Alhamdulillah normal dan tidak songsang
Selamat berpuasa kak…
Kejap je dah 33wks ye, pasni dah nak bersalin..
Semoga dipermudahkan ye ๐
Semoga dipermudahkan urusannya nnti. selamat berpuasa dan berbuka.
Memang mencabar bagi seorang wanita apabila berpuasa ketika mengandung.. Semoga tabah menghadapi dugaan…
aida pun amal gitu utk 8 gelas air sehari.
dpt tips lebih kurang gitu kat fesbuk ๐
alhamdulillah chaiyo2 kak puasa, saye dulu pun puasa penuh time mengandung kecuali time kene minum air gula huhu…
sharing menarik..
selamat berpuasa ๐