Categories: Parenting

Check up mengandung 33 minggu dan berpuasa

Check up mengandung 33 minggu dan berpuasa | Alhamdulillah genap usia kandungan saya ni 33 minggu. Sabtu lepas merupakan check up kali ke 2 di Hospital Tropicana dengan Dr. Nurhazinat. Hasil check up tersebut, kandungan saya sihat-sihat sahaja dan bayi telah berada dikedudukan yang betul dan tidak songsang seperti yang diceritakan di entri sebelum ini. Itulah yang saya harapkan, supaya dipermudahkan segalanya dan bayi sihat-sihat sahaja.

Selamat berpuasa semua

Juga masih tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke 5 Ramadhan dan Allah beri saya kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa ini. Bahayakah ibu mengandung berpuasa?

Saya ada bertanya kepada doktor, yang menentukan boleh berpuasa atau tidak itu adalah terpulang kepada kekuatan badan dan ketahanan fizikal untuk seseorang ibu mengandung itu untuk berpuasa. Ada perbezaan ya jika ibu mengandung itu meninggalkan puasa atas 2 sebab, satu bimbang jika memudaratkan dirinya, dan satu lagi bimbang memudaratkan bayi dalam kandungannya.

Hukum ibu hamil tidak berpuasa

Jika tidak berpuasa atas sebab yang pertama iaitu risau akan memudaratkan diri sendiri, contohnya jika sesorang ibu itu mempunyai penyakit tertentu seperti kencing manis dan darah tinggi dan memerlukan dia memantau tahap kesihatannya, jadi ibu itu dibolehkan untuk tidak berpuasa, jadinya ibu itu hanya perlu qada’ atau menggantikan puasanya, tetapi jika ibu itu meninggalkan puasa atas sebab bimbang akan keadaan bayi dalam kandungannya, maka si ibu perlu qada puasa berserta membayar fidyah.

Adam yang manja

Hari Pertama Berpuasa.

Seperti kebiasaan bersahur bersama keluarga, dan saya bersyukur sebab masih ada kekuatan untuk memasak sendiri lauk untuk berbuka dan bersahur untuk suami dan anak-anak. Biarpun lauknya simple dan mudah namun suami memujinya dan yang penting ianya menjimatkan dari berbelanja di bazar ramadhan dan rasanya pula tidaklah sesedap mana. Biarlah cuma goreng ayam, ikan masak kicap, tempe dan tauhu sambal, telur dadar, sayur petola masak air, itu sudah cukup mengenyangkan, bukan?

Ok nak cerita tentang puasa sebenarnya :), pagi puasa pertama tu saya masih cergas lagi dan apabila masuk jam 2 petang, saya sudah mula rasa pening, mual dan nak pengsan. Tapi saya pujuk hati dan bayi, supaya kuat untuk mengharungi hari pertama puasa ni. Saya sibukkan diri dengan kerja di pejabat, ulang alik ke tandas buang air dan basahkan muka, sehinggalah tiba waktu untuk pulang. Nak berjalan ke tempat parking tu Allah saje yang tahu, syukur ada geng opis so bolehla saya pegang2 dia kalau tak larat nak jalan tu.

Hari ke 2 dan seterusnya

Alhamdulillah, badan saya dan bayi sudah mula biasa dengan keadaan berpuasa, syukurlah, sebab tiada rasa nak muntah dan pengsan, tapi taknaklah cakap besar nanti tetiba lain pulak jadinya ;). Ok apa yang penting, sepanjang berpuasa kene pastikan minum air 8-10 gelas sehari.

Macam mana nak minum 8 cawan air kosong di bulan Ramadhan?

Jom ikut tips mudah ini ya:
1 cawan-Sebelum tidur
1 cawan-Bangun dari tidur
1 cawan-Sebelum makan sahur
1 cawan-Penutup sahur
1 cawan-Berbuka selepas makan buah tamar/Kurma
1 cawan-Sebelum solat Maghrib
1 cawan-Sebelum Isyak
1 cawan-Selepas Tarawih

Ha mudah kan nak minum 8 cawan air sepanjang berpuasa ni? Selain minum air secukupnya, pastikan bayi gerak lebih 10 kali sepanjang berpuasa. Insha allah semoga Allah permudahkan perjalanan puasa tahun ini dan semoga ibadah ini lebih baik dari sebelumnya.

Suke tengok gelagat diorang ni

Check up 33 minggu
Berat ibu : 74.8kg
Berat bayi : 2.05kg
Tekanan darah : Baik
Kedudukan bayi : Alhamdulillah normal dan tidak songsang

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View Comments

Recent Posts

Pengalaman jual kereta terpakai online di Mudah.my

Pengalaman jual kereta terpakai online di Mudah. Selepas 12 tahun bersama Savvy, barulah terasa nak…

January 5, 2021

PG Mall Countdown Sales serendah RM1 dan penghantaran PERCUMA!

PG Mall Countdown Sales.  Year End Sales memang waktu yang ditunggu-tunggu setiap hujung tahun. Semua…

December 30, 2020

Riadah Taman Tasik Perdana KL, makin cantik tempatnya

Riadah Taman Tasik Perdana. Dah lama betul tak beriadah ke sini. Dah 3 ke 4…

December 27, 2020

3 tips simpan telur supaya segar dan tahan lama

3 tips simpan telur supaya segar dan tahan lama. Sejak-sejak berdiet ni, memang saya amalkan…

December 18, 2020

Aplikasi Islamik Qalby dari Mizz Nina. Jom pakat download

Aplikasi Islamik Qalby dari Mizz Nina. Sejak dah uninstall Aplikasi Muslim Pro, memang tercari-cari aplikasi…

December 10, 2020

Rak periuk bawah sinki, versi jimat tapi kemas

Rak periuk bawah sinki. Versi jimat tapi kemas. Bertemu lagi dalam tips dekorasi. Don’t forget…

December 8, 2020