Alhamdulillah itu saja yang dapat saya ucapkan bila suami ajak kami semua jom bercuti ke Melaka. Untuk pengetahuan dah lama rasanya tak pergi bercuti dengan anak-anak ni. Maklumlah sibuk katanya.
Tapi walaupun tak pergi bercuti, masih juga luangkan masa bersama dengan anak-anak dan bersiar-siar ke tempat berdekatan dengan rumah je.
Tapi masalahnya suami bagitau ni kira dah last minute, sebab hari yang nak pergi tu dah mula cuti sekolah. Sebenarnya percutian kami ni pada minggu lepas ya, maklumlah sibuk, arini baru dapat hapdet hehehe.
Tau ajelah cuti sekolah, semua tempat pun penuh. Mula-mula cadangnya nak bermalam ni Grand Lexis Port Dickson, masa saya tengok tu harga dia RM 800 ++ kot, lepas tu hibiscus kat area PD jugak, pun sama harganya. Wahhh mahalnya harga dia ye, huhu tak merasalah nak menginap kat situ.
Takpelah tak sedih, pasti ada rezeki tempat lain kan. Akhirnya dapat juga book hotel di Bayou Lagoon Resort, Melaka. Alhamdulillah!! Siap ada water park lagi, emm memang sesuai sangatlah dengan anak-anak saya ni. Ok korang boleh mandi sampai lebam ok hahaha.
Sebelum saya bersalin ni, mehla kita jenjalan puas-puas. Lagipun saya baru habis exam satu paper ni yakni Islamic Consumer Financing. Memang stress, sebab dah lama kot tak jadi student kan.
Nak pulak mengandung,Β mana nak baca buku, anak-anak pun nak exam waktu tu. Memang stress sampai sakit lenguh bahu dengan kaki ni, emm suami juga jadi mangsa jadi tukang urut, sib bek dia urut best kalau tak nangess lenguh!!!
Ok hari pertama sampai di sini, kami pergi melawat rama-rama kat Taman Rama-Rama Ayer Keroh. Harga tiket untuk dewasa adalah RM18 dan kanak-kanak RM12. Mahal dah tau, waktu saya datang sini tahun 2013 dulu harga tiketnya RM8 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.
Takpelah janji tempatnya selesa dan oklah kan. Oklah sementara nak tunggu check in hotel, molek sangatlah pi jenjalan dulu. Bebudak ni memang tak sabar nak terjun tiruk bagai. Ok ok sabar ye bebudak semua ;).
Tempat ni tak besar sangat dan redup je kalau nak berjalan tu. Mana taknya perut saya ni dah sarat, memang tak larat nak jalan jejauh, ni kira jalan-jalan manja, jalan kejap then duduk, jalan kejap duduk je lebih hehe.
Dalam ni bukan setakat rama-rama, ada jugak ikan koi, ular, serangga, buaya, kura-kura dan haiwan lain. Bolehla nak tunjuk kat bebudak ni ha, dan diorang pun ada jual makanan ikan koi. Memang seronok dapat bagi ikan ni makan, harga makanan tu dijual RM1 untuk setiap pek.
Hmmm ikan tu pulak macam dah tahu kehadiran kitorang nak bagi diaorang makan. Follow aje ke mana kami lalu tepi kolam tu. Bila campak je makanan semua menggelupur sampai nak naik atas darat pulak gayanya ;). Tangkap bawak balik nanti baru tauuu!!!
Fuhh penatnya berjalan, rasa nak baring je dah ni. Bila dah hampir jam 12.00, memasing dah mengadu lapar pulak. Oklah jom kita pergi dari sini dan menuju ke destanasi makan-makan pulak!! Yeay Makan!! Itu saya paling suka hehehhe. bercuti ke melaka memang seronok!!
Jom check in hotel Bayou Lagoon Melaka.Β Bayou Lagoon Resort Melaka.Β
Wah… bestnya dapat tengok anak-anak bercuti ke Melaka… π
selamat bercuti ke Melaka. Melaka walaupun kecik, tapi banyak tempat menarik kat sana.
Wahhh seronoknye jenjalan … hasrat nak ke sana gak 16 Jun ni sambil hantar anak ke kolej, tetiba tak mo pergi pula… uishh π
Selalu jalan2x melaka tapi taman rama-ramai blom pernah jejak lagi. π
Welcome to melaka…
Bayou lagoon da dekat sgt dgn umah aida…
Best bayou lagoon. Tak tau bila nak repeat lagi βΊ
dah lama tak turun melaka.
bilalah agaknya leh naik beca lagi..
Last ke Melaka tahun lepas..agak lama juga la tak ke sana..
saye selalu p melaka asik p banda hilir ja, kalo ade rzki nak try p taman rama2 plak π
Tempat yang menarik.. Bestnye bercuti….
Hot post – Percutian Keluarga Yang Menarik di Gambang Water Park