Pernah tak korang hadapi situasi apabila nak keluarkan duit dari mesin ATM, dan apabila kad ATM dimasukkan, terus terpapar skrin, katanya kad anda sedang disahkan sila tunggu. Tunggu punya tunggu sampailah 10 minit tercongok depan tu pun kad tu tak keluar-keluar. Apehal pulak kad tersekat ni? Waktu tu saya berada di Petronas Tol NKVE, dan dalam hati sedikit gelabah sebab kalau kad dibiarkan saja macam tu nanti lesaplah pulak duit gaji dalam tu.
Dan saya terus telefon CIMB untuk pertanyaan lebih lanjut. Dan waktu tu hampir 20 minit menunggu depan ATM tu. Bila telefon CIMB, katanya untuk tujuan keselamatan, saya perlu hentikan penggunaan kad yang tersekat tu dan saya perlu memohon gantian kad baru. Tapi nak ingatkan puan, kalau ganti kad baru kene caj RM12 ya.
Oppsss masalahnya bukan kehendak atau salah saya kan? Kenapa perlu caj RM12??? Owh memanglah puan sebab puan pilih untuk hentikan penggunaan kad yang tersekat tu. Tapi you yang cakap untuk tujuan keselamatan baik hentikannya kan?
Ya puan, tapi memang kene caj jugak. (Begitulah perbualan saya dan customer service CIMB tu). Aduii memang sakit hati mendengarnya, maaflah kepada staff tersebut sebab terhambur juga kemarahan dan ketidakpuasan hati saya.
Katanya saya perlu ke mana-mana cawangan CIMB terdekat dan memohon kad baru. Sila bawa IC, surat beranak atau lesen memandu atau buku bank atau bil atas nama sendiri ya. Oklah nak taknak memang kene mohon kad baru, kalau takde kad camne pulak nak keluarkan duit ye dak??
So saya ke ke cawangan CIMB Sungai Buloh. Pegawai bertugas maklumkan caj RM12 akan didebit terus dari akaun saya. Dan saya tanya, boleh waive ke caj tu sebab bukan salah saya?? Katanya dengan yakin, BOLEH puan, saya perlu ke cawangan tempat saya buka akaun tu dan BUAT SURAT WAIVER untuk dapatkan duit RM12 tu kembali.
Dan saya terus telefon cawangan CIMB KL SENTRAL yang mana saya buka akaun CIMB mula-mula dahulu, untuk pertanyaan tentang hal tu. Staff yang jawab panggilan saya tu kata memang TAK BOLEH CLAIM ya. Dan terus saya bagitahu pada pegawai CIMB SG BULOH tu. Dengan yakinnya dia bagitau, owh puan perlu jumpa branch Manager. Dalam hati saya, PULAK???
Takpelah kalau macam tu tak payahlah claim pun tak mengapa. Malas nak panjang-panjangkan cerita, buat hati panas dan geram je. So redha jelah ya. Tapi kesimpulan saya kat sini, kalau dia sendiri pun tak tahu prosedur yang sebenar, JANGAN PANDAI-PANDAI NAK BAGI NASIHAT YANG ANDA SENDIRI PUN TAK TAHU KESAHIHANNYA. Jangan buat orang macam bola dan tendang sana-sini.
Memanglah amaunnya hanya RM12, tapi bayangkan kalau ramai yang mengalami nasib yang sama macam saya, makanya bank buat duit atas angin macam tu aje kan??? Ok dah selesai luah perasaan, lega sikit dan bolehla nak pi buat kerja…
boleh plak tersekat ye..
takpe. rm12 tak banyak pun. harga simkad sebiji jek. hehe
Suma nak duit jer skang nih.
semua mahu pakai duit..kerja senang jadi susah..tak pe redhalah
aik kalau sekat boleh panggil orang bank kan nnti dpat balik..erk…selalu begitu tak pernah kena cas..lain nak buat kad atau nak buka buku akaun baharu.agaknya zaman duit dah sekarang ni hu..hu..
melampau!!!