Umum Makan malam di Medan Ikan Bakar Serkam, Melaka June 16, 2015

Makan malam di Medan Ikan Bakar Serkam, Melaka | Ok sambung lagi cerita jalan-jalan Melaka tempohari ya. Selagi gambar masih ada dalam phone ni selagi tu nak kongsikan juga dengan korang semua. Nanti blog saya takde cerita pulak kan kekekek.

Medan Ikan Bakar Serkam

Orang kata kalau dah sampai Negeri Melaka tak sah tak makan ikan bakar dia kan?? So kami waze tempat makan berdekatan yang mana Medan Ikan Bakar Serkam ni adalah paling dekat dengan hotel kami menginap ni. Saya tak familiar sangat tempat makan kat area sini, kedai makan yang mana ada tu, singgah ajelah.

Penat sangat kekdahnya ni

Dalam 15 minit perjalanan, dan kami sampai ke destinasi yang di tuju. Tengoklah bebudak ni deqnon, penat bukan main nampaknya, mana taknya berjam-jam mandi kolam, nah hasilnya kepenatan melampau sangatlah kan.

Masuk je dalam kereta semuanya pengsan, mengantuk ya amat!!! Dah tu sampai berpujuk suruh keluar kereta, dan sambung tidur pulak kat meja makan. Hmmm dengan abahnya juga sama naik ha, hehehe, ish korang ni kan.

Hidangan kami di malam itu

Makan malam di Medan Ikan Bakar Serkam, Melaka
Ketam goreng bercili
Makan malam di Medan Ikan Bakar Serkam
Ikan steam lemon

Ok nama je kat medan ikan bakar, tapi laki aii takmo makan ikan bakar katanya. Oklah takde masalah dan takde orang nak marah pun, janji makanan masuk perut dahla sebab berkeroncong sangat dah baby kat dalam ni hehe. Ok macam biasa, saya kalau makan seafood memang wajib order ketam goreng bercili dan butter prawn, dan menu lain terpulang pada en. suamilah.

Tulur dadar
Kangkung goreng belacan

Anak-anak? Macam biasa diorang memang kene ada telur dadar. Itu kira menu wajib diorang, yang lain tu kalau ada kira bonuslah kat diorang ni. Takpelah asalkan korang nak makan dahla kan.

Tapi malam tu diorang ni pun makan gitu-gitu aje sebab memasing mengantuk kepenatan, sudahnya kami tapau aje makanan yang tak habis tu. Hmmm mana tak gemuknya ibu abah korang ni, asal tak habis je, kamilah yang mengabihkannya.

Makan malam di Medan Ikan Bakar Serkam
Butter prawn

Kupang goreng bercili

Ok dah siap makan, kami pun balik ke hotel semula. Dah tak larat nak berjalan lagi, memasing kepenatan. Besok paginya tu anak-anak pun bangun awal sebab memasing sambung lagi terjun tiruk dan kuak lentang diorang tu. So makan malam di medan ikan bakar ni puas hati!!

Apapun percutian di Bayou Lagoon Park Resort memang best dan nanti bolehla datang lagi. Dan Insha Allah masa tu kami dah berenam lah kan…:)

Tags : , ,

4 Comments

  • Myra Jay posted on June 22, 2015 at 11:16 am

    Meriah menu, macam2 ada..
    yang awal2 tu masing2 muka keletihan, dapat ngadap menu gini semangat terus la kan 😉

    Reply
  • adianiez posted on June 23, 2015 at 5:58 am

    aida org melaka x pernah sampai serkam ni.
    biasa makan tempat lain 🙂

    Reply
  • musadun posted on June 24, 2015 at 6:47 am

    macam best je tempat ni. pernah g melaka tapi tak sempat pulak meyinggah ke sini.

    Reply
  • omydroid posted on July 13, 2015 at 3:40 pm

    sedapnya nampak.. 😀

    Reply
  • Leave a Reply