Okeh sambungan entri kelmarin ya, setelah hampir setengah hari berjalan di Taman Rama-Rama Melaka, siap makan semua, kami pun check-in di Bayou Lagoon Park Resort Melaka. Ok kami dapat apartment 3 bilik, dengan harga RM400 (without breakfast) untuk satu malam. Sebenarnya harga dia RM575, tapi disebabkan saya ada dapat baucer dari rakan sekerja jadi kadarnya murah sedikit dari kadar biasa. Ini sebab cuti sekolah ya, kalau tak harga satu malam RM 200 je dengan baucer tu. Dan percuma 6 tiket ke Water Park untuk 2 hari. Wahhh seronok ibu korang, tak sabar nak tengok suami dan anak-anak berendam bersuka ria.
Dalam jam 1.15 petang macam tu kami check in ke hotel. Wah selesanya!!! Semua pun berlarian duk jenguk bilik memasing. Anak-anak dah besar dan diorang dah tidur di bilik sendiri di rumah tu, jadi di hotel ni pun diorang sendiri yang sukarela nak tidur bilik berasingan dengan ibu abah.
TQ sebab bagi peluang kat ibu abah ya, cuma Adam ni je manja terlebih, masih lagi tidur bawah ketiak kami yang wangi ni hehehe. Takpelah nanti dah besar bolehlah pindah bilik sendiri ya..
Siapa tak suka tidur hotel, cer citer sikit kan? Memang kalau boleh nak ubah dan deko rumah tu jadi macam hotel jugak kan, baru nyaman selesa je nak beradu. Hmmm kat sini siap ada pantry, tapi takde dapur gas semua ya, kalaulah korang datang dengan sedara mara, bolehla bawak periuk nasi letrik ke, kuali letrik ke, eh ni kalau management hotel baca ni mau kene banned pulak entri aii ni kekeke.
Dan gambar di bawah ni adalah pemandangan water park dari bilik kami. Lagilah bebudak ni tak sabar nak terjun tiruk bagai tu. Bayangkan pukul 3 petang nak gi mandi, pujuk diorang tunggu redup sikit baru kita pergi. Lagipun solat jamak semua pun sudah, senang nanti nak berendam lelama sampai lebam kan.
Dan bila tiba masa untuk mandi, hmmm semua pun tak sabar terus terjun masuk kolam. Wahh seronoknya tengok, saya tak join sekali, mau mengah dalam kolam tu nanti :). Bila anak-anak dah besar memasing dah boleh mandi sendiri, tapi masih dalam pemerhatian kami.
Nak kata pandai berenang tu takdelah, tapi bolehla mengapungkan diri, dan kalau digilap lagi kebolehannya tu boleh jadi macam Pandalela renong kot, eh betul ke eja nama dia tu, emm takpela janji korang paham kan.
Jeles ibu tengok tau, rasa nak join sekaki, apakan daya ibu jaga baby ni, takpe bila baby dah lahir nanti kita kuak lentang sesama tau baby. Yang bestnya, kat sini ada 3 jenis gelongsor. Maksudnya tempat water park ni besar dan mampu menampung jumlah orang yang mandi manda tu pada satu-satu masa.
Dan bila anak-anak ni nak naik gelongsor tu, diorang akan berpakat sesama abah diorang ni, dan memasing akan pergi bersama-sama ke situ. Kira diorang ni memasing jaga sesama dioranglah kan. Seronok saya tengok, dan saya tak perlu terjerit-jerit kat tepi tu. Syukurlah senang nak jaga kan, kalau tak jenuh juga nak kawal sesorang tu.
Jadi kesimpulannya memang sangat recomended untuk korang bawa anak-anak bercuti ke sini. Pada saya memang tempatnya selesa, water park pun best dan sesuai untuk mengisi masa percutian korang. Tengok sajalah keseronokan anak-anak saya ni, dah tahu best kan??
Saya yang penting anak-anak happy, saya dah cukup puas hati. Dan aktiviti mandi manda ini dhentikan jam 6.30 petang, dan bersambung semula keesokan paginya sehinggalah si Adam takmo balik rumah :). Heehheh Insha Allah ada rezeki kita datang lagi tau anak-anak :).
Bye-bye Bayou Lagoon Park Resort!!!!
ada pergi taman rama-rama tapi dulu.melaka best kalau ke pekan jer satu tempat kita jejak tempat lain sekitarnya kita dh boleh poyee..
untung aku jadi orang melaka haaaa..
selamat dtg ke melaka…
aida x pernah stay sini.
ada dtg mandi-manda aje.
umah 10 minit je dari bayou lagoon ni 🙂