No pin Google Adsense sudah diterima | Jumaat lepas sambil bersantai petang dengan anak-anak, Adam datang membawa membawa surat yang diambilnya dari peti surat depan rumah tu. Dalam hati, mesti bil hitu bil hini ni, sama ada bil air, bil elektrik, bil astro dan lelain.
No pin Google Adsense sudah diterima
Dalam duk membelek surat tu rupanya terselit surat yang ditunggu-tunggu iaitu surat dari Mr. Google. Wah seronoknya, rasa ceria benor petang tu :, yelah puasa kan, jadi dalam pada lemah-lemah tu dapatlah sedikit semangat nak masak untuk berbuka malam tu ececehhh.
Untuk pengetahuan, jika pendapatan terkumpul google adsense sudah mencapai USD10, mereka akan mula menghantar no pin, untuk mengaktifkan akaun Google Adsense ni dan saya perlu mengesahkan alamat rumah bagi memudahkan mereka membuat pembayaran nanti.
Alhamdulillah walaupun mengambil masa yang lama (lebih kurang 2 bulan) untuk mendapatkannya, namun orang kata sikit-sikit lelama jadi bukit kan. Maksudnya jumlah traffik yang masuk ke blog ni pun biasa-biasa sahaja, jadi memang kene tunggulah untuk pendapatan yang banyak tu.
Happy sangat weh
Tapi kan, minimum amaun untuk cash out akaun ni adalahm USD100, ammboih bila kala lah akaun saya nak capai amaun banyak tu ek? Hehehe sebab sekarang pun iklan ni dapat menjana secara purata USD10 untuk sebulan tu, owh kene tunggu lagi 8 bulan lah ni ya, hoi hoi!!!
Takpe chaiyok!! Yang penting rajin hapdet blog katanya, masalahnya timbul tenggelam je rasanya blog saya ni hahaha.
Owh sebelum tu nak bagitau. Minggu lepas, pihak Google ada menelefon saya dan memberitahu yang kedudukan iklan GA yang satu tu tidak berada di tempat yang betul. Maksudnya saya letak di bahagian bawah setiap entri yang mana pendapatannya tidak dapat dimaksimumkan sebaik mungkin.
Bagusnya diorang ni kan, yelah siap bagitau semua tu dan emelkan kepada saya untuk peringatan. Oklah memang pun tau, dah nampak peningkatan pendapatan dalam sehari tu. Biasanya sehari hanya cecah USD0.30 ke USD0.60 sahaja. tapi setelah saya alihkan iklan tu ke atas bolehla dapat USD0.70 ke atas. oklah kan, sesikit nanti dapatlah USD100 tu kan.
Tahniah… Semoga berjaya menghasilkan lebih banyak income melalui Adsense…
tahniah..jaga la bebaik akaun tu..:D
tahniah.
semoga dapat income dari adsense banyak-banyak lepas ni ye.
tahniah.selamat menyedut income dari google..
Tahniah Aju …. hai bila lah Google nak approve akak punya pulak
masih kekal dengan yang lama aduh…rezki sisi
wah best2 rezki…
rezeki…. bestnya…..