Pokok kelapa mula berbunga, lama menunggunya | Sambil membelek-belek pokok tepi laman ni, sambil tu hari-harilah duk berdoa. berbuahlah wahai pokok kelapa.
Beli rumah percuma pokok kelapa 😄
Sebenarnya pokok kelapa ni memang sudah sedia ada ditanam masa kami beli rumah ni dulu. Tapi tak tahulah berapa usia pokok ni, yang pasti suami memang saja tak mahu tebang pokok ni mana tahu boleh rasa buahnya kan.
So kenelah rajin bersihkan, rajin siram, duk pujuk-pujuk suruh berbuah, siap letak baja lagi tau.
Seronok pokok kelapa mula berbunga
Alhamdulillah bulan lepas, setelah 5 bulan duduk rumah ni, akhirnya masa yang ditunggu tiba jua. Alhamdulillah nampak juga hasilnya setelah duk rajin membelek si pokok kelapa ni. Saya yang nampak dulu dia menjulur macam tu, selepas tu baru bagitau suami.
Punyalah seronok laki saya tu hehehe, bukan apa kami berdua ni hantu kelapa. Kalau balik kampung wajib kait buah kelapa ni dan minum air terus dari buahnya. Terus belah dua dan makan isinya. Hmmm sedap…
Pokok lain yang kami ada
Dan selain buah kelapa, kami dah tanam pokok serai, yang tu amik serumpun kat rumah mak saya. hahaha, dan pokok kari pun sama, rembat aje kat belakang umah mak. Selain tu pokok durian belanda dan mangga lemak, yang ni beli kat nurseri entah bila nak berbunga. Tapi duk siram jugalah hari-hari.
Itu jelah pokok yang baru ditanam, pokok sayur dan buah yang lain belum sempat lagi :). Ok hari tu ada cerita pasal keladi gajah kan? Ha itu dianya, dah siap tanam tepi gazebo yang tak seberapa ni :).
Pokok keladi gajah tu memang kene rajin buang daun yang dah rosak tu, baru nampak cantik. Jangan risau-risau nak gunting, nanti sekejap je dah tumbuh pucuk yang baru.
Tapi apapun, yang penting kene rajin menyiram ya. Kalau hari tak hujan, memang saya akan siram pokok-pokok ni waktu malam, sebab balik kerja dah penat terus masuk rumah ajelah jawabnya :).
Taraaaaaa!!! Syukur berbunga jua kelapa ni, agaknya sempat tak nak makan sebelum berpantang? Hhahahaha macam tak sempat aje huhuhu. Seronok tengok dia berbunga macam tu, berseri nampaknya, tak sabar nak tengok dia berbuah…..nyummyyy.. Amboih berlumba-lumba dengan pokok kelapa ni, tengok sapa beranak dulu hehehhe.
Seronoknya duduk rumah sendiri kan…. jealous
Cantiknya kawasan rumah Aju. Ada pokok2 dan gazebo…seronoknya… 🙂
Syukur Alhamdulillah… Inilah kata orang tak rugi berbudi kepada tanah…
Bestnya dah berbuah dapat merasa hasil tanaman sendiri. 😀
Wah rumah kat tengah bandar pun mesra alam juga … bagus tu Aju 🙂
seronoknya rajin akak tanam pokok, arwah ayah dulu pun cucuk tanam
bunga pokok kelapa tu tak salah itula ulik mayang namanya…
tak lama dah tu. kejap lagi berbuah pulak… btw, cantik landskap rumah mcm ni, kehijauan. sejuk mata memandang.
salam aju… lama sungguh x singgah blog aju..skang br berkesempatan..
wah..rumah baru eh.. seronoknya…cantik sgt landskap…
ps : prasan ada iklan adsense…wah byk kemajuan..tahniah…
Bestnya rumah ada laman. Besar plak tu.
wahh cantik lah,pandai betul dekorasi ni ..