Alhamdulillah Hari ini genap ulangtahun perkahwinan ke 11 tahun usia perkahwinan kami. Terima kasih Allah dengan semua kurniaan terindahmu. Suami yang baik, anak-anak yang comel, hubungan kekeluargaan yang penuh kemanisan dan tak dinafikan ada juga ujian dari Allah.
biasalah orang kata sedangkan lidah lagi tergigit, inilan pula suami isteri kan. Alhamdulillah, jika setiap pasangan mempunyai persefahaman dan kesabaran yang tinggi, Insha Allah pasti setiap ujian dapat ditempuhi dan diharungi bersama dengan sebaiknya.
Saya tengok ramai juga kawan di facebook yang menyambut ulangtahun perkahwinan mereka dalam bulan Jun ni kan. Yelah musim cuti sekolah, jadi memang ramailah pasangan bernikah pada bulan ni ye dak ;). Lihatlah kad perkahwinan saya ni, masih baik dalam simpanan. Haruslah kan, kata kenangan terindah seumur hidup jadi haruslah simpan bebaik.
ulangtahun perkahwinan ke 11
Terima kasih buat suami yang sentiasa sabar dalam melayan kerenah bini dia yang macam-macam hal ni. Dulu saya kuat merajuk, sekarang ni saya dah banyak memperbaiki kelemahan sendiri. Janganlah nak ikut kepala sendiri aje kan, hidup berdua dengan perangai berbeza, jadi haruslah cari persamaan dan baiki kekurangan masing-masing.
Saya sangat bersyukur dikurniakan anak-anak yang baik. Rajin menolong ibu abah, dengar cakap dan kekadang memang suka drama airmata sangat kan. Satu je saya nak tekankan di sini iaitu, SOLAT BERJEMAAH. Selepas solat, suami saya ni jenis suka tanya anak-anak, apa aktiviti hari ni, kalau balik dari bercuti, apa yang diorang belajar dan apa pendapat diorang.
Sebab suami kata masa kecil dulu dia tak pernah diberi peluang untuk bercakap dan luahkan perasaan. Jadi kalau boleh suami nak didik anak-anak luahkan dan suarakan pendapat memasing. Wah laki aii, sangat kagum tau aii dengan dia ni hahahah.
Solat jemaah tu memang kewajipan kita kan, cuma bila nak didik keluarga supaya disiplin untuk solat berjemaah tu memang perlukan masa ya. Biasalah diorang ni kekadang liat sesangat. Jadi kene pandai psiko supaya diorang boleh ikut cakap ibu abah ni.
Bukan apa jika kita jaga solat kita, Insha Allah segala apa yang kita lakukan dalam hidup ini semuanya berpandukan shariat nan satu. Dan doa saya semoga rumahtangga kami kekal bahagia hingga ke Jannah, ameen.
happy 11th anniversary..smoga berbahagia hingga hujung nyawa
tahniah semoga berbahagia hingga ke syurga..
alhamdulillah tahniah atas mahligai bina..moga semua berjalan baik akhir hayat ya
masih tak terlewat..
selamat ulangtahun perkahwinan. moga bahagia hingga ke Jannah.
alhamdulillah semoga berbahagia till jannah insyaAllah..syukurlah dikurniakan suami dan anak2 yang baik
Tahniah…
moga jodoh sampai ke jannah…
Alhamdulillah…11 tahun dah. Happy anniversary ☺
mesti kahwin awal ni kann..